Selasa, 22 Februari 2011

Makaronie campak-campak ja..

Assamualaikum semua...........
arinie tiba2 plk rasa cm nak share resepi makaroni campak2...
saja ja nk try tengk jadi ka tak....
minggu lepas balik akt umah dari hostel..terus ajak abah p giant alor setar..
nak beli brg2 nk masak la apa lagi..
aku cdok cari barang byk jgk la smpai abah aku ajk balik la...'depa dh nk ttop giant nie,xmaw nk balik lagi ka'
aku beli mcm jgk la time tgh semangat nk msak..
kat sini aku nk kngsi skit resepi campak2 aku..

 makaroni aku

-makaroni yg dh direbus
-sos prego(simple ckit)
-sayur campur
-daging kisar
-cendawan butang
-serbuk lada itam sikit..
-bawang holand
-cabsikum ckit...

start la operasi aku masak memasak..
aku nie jenis yg xsuka orang kacau aku masak time tgh dok kt dapur..kalau buat la korg nk buat..aku nk belah dluw la...

nie la hsilnya..
dan rasanya jgk xlah mengecewakan
aku buat puding kastard jagung jgk...
simple gila bahan2 nie..nie pon main campak2 ja...

puding kastard

-1 tin jagung dln tin
-1 cawan tepung kastard(brand apa pon xpa)
-4 cawan santan
-setengah gula pasir

dan nie la hasilnya
berkilat sikit sebab guna santan


k la sampai sini duluw la..aku pon xwape sihat nie..asyik sakit ja...
dating ngn doktor dkt klinik tu tiap2 minggu la nie..
lepas nie jumpa lagi nohh..
bye

Isnin, 21 Februari 2011

Dikala resah aku lemah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. 
Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
 bersama berjuang bdak2 pereka grafik..
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Sabar.
Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.
Kesilapan kita.
Ada masa kita silap.
Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita.
Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Wujudnya saat muhasabah.
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik.
Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
-Dia mahu kita kembali kepadaNya.
-Dia mahu kita selamat di 'sana'.
-Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.
Sekarang, jawab dengan hati kita. . .


Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.
Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Selama ini, adakah itu cara kita melihat?
Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup
Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56] 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?

' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]


Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.
Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.

 aku dan nanie..


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

jumpa lagi ya next time.. 

Ahad, 20 Februari 2011

Dugaan datang untuk menguji kesabaran kita..

Assalamualaikum.....apa kabar semua???

aku juga xsunyi dari di uji...mungkin dapat menghapus segala dosa2 kecil kita...
aku di uji dgn kesihatan yang xberapa lega..
dh seminggu aku sakit dada buat xtaw ja...beberapa ari lepas sakit dad makin teruk...
so aku balik la p check kt hsptal..kena tahan dkt wad pemerhtian  sat...doktor buat ECG
jantung okey la..tapi xleh stress2 sgt..lepas tu baru dia bagi taw yang aku ada asma...
walawei...kalau nak brsukan pon xbleh jgn paksa dri...
bah aku jgk sarankan kita cuba rawatan altenatif dkat pendang..
so selepas rawatan pertama,,dia scan dluw seluruh badan aku dan berita yang mendebarkan...
yapp aku perlu teruskan rawatan yang akn di buat lepas nie...sakit apa???biaq la rahsia..
rahsia kerajaan tu..dan aku jumpa sepotong ayat nie..mari lah kita sama2 renungkan ya..


"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)


sebab rindu dkt diaorang..
aku bubuh la pic nie..
 Dea hazwanie a.k.a aku la tu..huhuhuhu
aku with nanie..
 kami serasi bersama
geng gila-gila...
dekat umah cikgu suhaina..

 ok la...
lepa nie  aku update lagi ya...
sekarang memang sibuk la...belambak2 keja yang nak kena design..

Ahad, 13 Februari 2011

sering kaLI kita di uji....Tabahkah aku kalau aku di uji sedemikain rupa

Assalamualaikum semua......setelah lama mendiamkan diri kini saya muncul semua..bukan apa mencari kekuatan dlm diri...tak dak la...sibuk tersangat2 skrang nie...lpas 1 assigment,mai plk yg leh...xcukop tangan nk kampoi..
hari nie baru saya berpeluang nak servey blog2 orang len...dan saya baru baru dapat taw yang abg Mas Afzan(blogger)@not the primrose path telah kembali menghadap Ilahi pada 18 disember 2010 yang lalu...saya mula mengenali beliau melalui penulisan beliau di iluvislam seterusnya sebagai follower blog peribadi beliau...beliau merupakan seorang doktor yang kuat semangat walaupon beliau di kesan menghadapi cancer...saya kagum dgn penulisan yang tidak putus2 memberi semangat kepada setiap org mmbacanya..rasa terkilan jugak...beliau seorang tabah menghadapi dugaan Ilahi...aku harap aku mampu sekuat beliau dan ibu tercinta turut tidak putus semangat untuk melihat anak beliau sembuh dan dapat menjalankan rutin harian seperti orang yang normal...semoga roh beliau di cucuri rahmat Ilahi
marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada beliau..semoga di tempatkan di kalangan para solihin


dan 1 lagi blog yang selalu aku tinjau ialah blog seorang insan yang bergelar ibu yang sangat tabah menghadapi dugaan dan ujian yang tak penah putus,ceritakarim.blogspot@kasih hingga ke syurga..menceritakan riwayat hidup seorang insan yang bergelar ank yang tabah menghadapi dugaan di saat beliau ingin mengejar cita2 di usia remaja di alam university,ayim menghadapi kanser di saat beliau sedang menuntut di university di Manchester dlm bidang kejuruteraan,namun impian beliau ingin bergelar pilot.Beliau skarang sedang bertarung dengan kanser yang dihidapi beliau,tidak pernah putus semangat walaupon tidak mampu berjalan selama 1 setengah tahun,dengan semangat yang ada beliau bangkit berjuang untuk melawan kanser tersebut..mama ayim merupakan insan yang sangat tabah berada di samping beliau di saat beliau sedang bertarung dgn kanser..marilah kita sama2 berdoa semoga Allah memberi kesembuhan kepada Ayim,dan kuat menghadapi ujian ini..Aminnnnn....
ujian yang diberikan ini mungkin sekadar untuk mencuci dosa kecil kita dia dunia pinjaman ini..

sedangkan kita baru diuji sedikit sudah goyah iman,xtetap pendirian...
mampukah kita menjadi seperti mereka..kuatkan semangat kita untuk menghadapi ujian yang tak seberapa di dunia pinjamanMu ini Ya Allah..
tepuk dada tanya iman
 mampukah kita sekuat dan setabah mereka?????
jadikan mereka contoh dalam hidup kita sebagai pembakar semangat dikala kita hampir jatuh dlam perjalanan menuju Ilahi... 
aku rasa mcm nak kenai diangn lbeh dkat la..jgn pkiaq bkan2 plk...nak selami ketabahan dan kekuatan dia...
walawei...aku pon xskuat dan stabah dia rasanya..