Khamis, 25 Ogos 2011

andai ini ramadhan ku yang terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
 
 
saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat menyambut aidilfitri, semoga sentiasa di bawah rahmat Illahi. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata, penulisan yang mendatangkan ketidakpuasan hati serta perbuatan yang menyinggung perasaan mana - mana pihak, Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua umat Islam.salam aidilfitri maap zahir dan batin
 

aktiviti semalam..

as'salam semua pa kabar????kepada semua dak2 kolej jururawat msyarakat kulim selamt pulang ke ru,ah dan menyambut lebaran dgn keluarga,ingat balik kolej sblom 3 septmber sblom koi 8 mlm masok,protokol tetap protokol,..xboleh ingkar...huhuhuhuhuhu...

dan la xmaw pikiaq hal korang lagi dah..tapi 1 ja pegangan aku sekarang nie lepas apa yang aku dengar dari ceramah oleh seorang hamba Allah yang berjaya buat aku untuk menilai baik bruk tndakan aku selama nie
ustazah 2 cakap dekat aku cmni la
'awak jangan sekali-kali bersangka buruk pada ALLAH, setiap yang terjadi ada hikmahNya'. Jgn sesekali sedih dan merapat dgn segala dugaan yang telah menimpa awak,mungkin Dia nak bagi yang lebih baik untuk awak,kuatkan hatimu,

tanam tekad yang 
"dia IBUKU,dia ABAHKU,
hormatilah mereka wahai anak,
tabahkanlah wahai hati,
kuatkanlah tekad wahai semangat,
teguhkan la wahai iman didada,
MARAH mereka hanya sementara sabarlah anak,
tempuhilah segala masalah ini dengan hati yang tenang,
andai xkuat lagi gunakanlah senjata terakhir kita ingatlah mereka dalam doamu,


ini pulak pendapat dari kaunselor kerjaya yang aku jumpa

"masalah saudari ini berpunca dari konflik minat diri sendiri dan harapan keluarga. apa yang saya boleh katakan ialah anda perlu mencari ruang dengan meneroka apa sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup. Jika anda sudah berhenti dari koleh jururawat, kemanakah halatuju anda selepas ini. Justeru itu, anda perlu kenalpasti bidang yang anda ceburi. Sewajarnya perlu cekal dan tabah menghadapi apabila sudah membuat keputusan. Pilih apa yang boleh buat diri saudari berasa puas kerjakan seseuatu,cuba berbincang dengan keluarga saudari.Harapan keluarga letakkan pada saudari mungkin terlalu tinggi hingga mereka terlampau kecewa seperti yang saudari cakapkan." 


 DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM


122- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.

122. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia." [139]

123- اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

123. "Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau." [140]

124- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

124. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim." [141]

125- اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.
125. "Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu." [142]
---------------------------------


[139] HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092.
[140] HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959.
[141] HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits tersebut adalah shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168.
[142] HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335.




ok la xmaw nak sedih2 segala macam nie...orang nak happy2 kan,,dah masok 26 ramadhan kita puasa..
semalam 25 ramadhan aku g town ada member cal cakap ada job kosong graphic desinger nak pakai orang,tunggu lagi la kan..mmg nak kja 2 pon...sampai loq star trus interview la,pa lagi kan...so insyallah lepas raya dah start koja l0L.
pas 2 pusing alor star la taman member aku cari baju raya,tapi aku yang jumpa duluw hahhahahhaha..plan nk teman ja,maklum la det pon xdak nie sengkek sgt dah nie
servey merata la..bri murah smpai la da yang harga memcecah rm3 rat ko,gila mahai...
aku jumpa la arbaya chantek tapi harga 2 pon chantek sgt2 smpai rm 2 rat lebih...cari punay crai colour yang di pilih pulak xdak..jalan lagi,buat cergas macam xpuasa pulak kan..huahuahuahua...dah jumpa dekat gerai2 depan kedah shoping jubah colour biru firus tema raya taun nie belah ibu tapi tah la,rasa macam tawar ja hbungan nie,xraya pon xpa la klau cmnie...ko taw dak cik paripari dapat juabh 2 brapa hinggit,pusing p pusing mai tawar punya tawar dapat rm 89 hinggit ja dri hrga RM 2 ratussss..

besok ada reunion ngn geng BFF,harap2 hevok la,gegar la pekan alor star kecoh dgn garam kami yang tin tong nie kan,kan....
lusa pulak nak bhimpun ramai2 bdak SMKL mpat besok baru nak meeting2....set tempat kok area sini2 ja..maleh la nk g jauh2,tapi ada msg umi via sms nak mintak DSLR dia xbalas pon,=(
besok call tanya len la,arap2 dia bagi la kan..aritu 2 dia dh suruh g ambik tapi time 2 dia tengah final exam nak study malas la nak kacau..

p/s:2 my Geng BFF n SMKL group xsabar nak jumpa ampa semua,yang pasti kena buat kenangn tuk warisan selepas nie....huahuahuahuahua..
2 umi boleh la ya along ambik DSLR 2...

Selasa, 23 Ogos 2011

kaunseling kerjaya

tadi ada servey2 blog pasai kaunseling kerjaya untuk akau yang xtaw la apa nak jadi,semau benda xmenjadi la..tetiba da jmpa blog nie 

http://www.kaunselingkerjaya.com 

siap ada test segala macam la...tapi ok jugak la..aku mula nampak apa yang patut aku buat lepas nie,setelah segala2 impian parents aku xberjaya aku buktikan..Insyallah dgn izin ALLAH aku akan bangik semula untuk teruskan hidup aku

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Rujukan maklumat daripada : http://members.tripod.com/maklumat_ppd/kerjaya.htm
        Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. •
         Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA

           Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu
    mengenal potensi diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,
  •     materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras
  •     hati, berulang-ulang, kurang celik akal.
  • b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa
  •     dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
  • c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
  • d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
  • e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran
  •     hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak,
  •     pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu,
  •     tukang paip.
  • f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi
  •     perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan
  •     memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti wang,
  •     kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah
  •     dan tradisional.

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal,
  •     tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak
  •     popular.
  • b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan,
  •     penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
  • c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain,
  •     bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
  • d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
  • e. PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji
  •     bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal,
  •     juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
  • f. BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains
  •     komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains
  •    Geoinformasi.
  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
  • a. SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa,
  •     muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja
  •     bersendirian.
  • b. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem
  •     pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
  • c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea. d. PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli
  •     muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari,
  •     pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
  • e. BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik,
  •     alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
  • f. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur,
  •     kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat
  •     dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
  • a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
  •     bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif,
  •     memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
  1. SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
  2. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
  3. ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
  4. BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
  5. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
  • a) CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-
  •     sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi,
  •     dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular,
  •     pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
  1. SUKA Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
  2. TIDAK SUKA Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
  3. ORIENTASI Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
  4. PEKERJAAN Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
  5. BIDANG PENGAJIAN Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
  6. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

 6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
  • a) CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh,
  •     suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas,
  •     praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, 
  •     rigid bergantungan.
  1. SUKA Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail. 
  2. TIDAK SUKA Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
  3. ORIENTASI Manipulasi data dan sistematik.
  4. PEKERJAAN Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
  5. BIDANG PENGAJIAN Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
  6. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah. 
dan nak taw dak apa kptsannya dah tentulah artistik ,aku bukan jiwa sosial,kena jadi hipokrit segala la...tapi xpa benda yang terbeban dkat bahu aku dah pon lepas ada banyak lagi benda yang xterlangsai lagi yang patut aku buat..umi abah walaupon xdak sapa lagi yang nak skong apa yang along nak buat,tak pa klau takdir dah tentukan along terpaksa berusaha sendirian dulu,along akan cuba usaha tapi jangan la mendoakan anak mu nie di timpa malang dan susah di dunia dan akhirat..doakanlah along aman dgn hidup yang bakal along tempuh sendirian ini,di kala semua orang bergembira along tiada sesipa di sisi xpa along kena belajar untuk redha dgn ketentuan ini,keran asetiap kejadia da hikmah di sebalik smua itu...


p/s : salam kasih dan sayang dari cik pariparikesepianA

anak yang soleh..

as'salam semua..tiba2 ja rasa macam nk mengarang malam2 buta nie,tadi ada la chat ngn kak Jariah nie,dia nie blehdi katakan org kuat yang support aku la,semenjak aku down nie..xdak sapa nk jdi tulang blakang aku dah..dia la yang bnayak membantu aku,dgn msalah aku,bagi pendapat kat aku..nasihat aku tuk buat plihan yang betoi untuk kesekian kalinya..tadi dia baca blog aku rasanya la...2 yang dia chat ngn aku 2..
dia jugak la yang nasihat aku untuk xlari dari kenyataan tapi tempuhlah kenyataan 2 dgn sbar walaupon sukar sekali pon,jgn sekali-kali tnggaikan kg dah,biaqlah orng nak kata apa pon,hidup kita.rezeki ada di mana saja,kalau Allah kehendaki..syukron jazillan ya kak Jariah tolong anta..

*pembetulan ya bukan zaman nabi DAUD tapi nabi MUSA

dan nie kisah nya...

Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” tanya Nabi Musa. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Janganlah sia-siakan peluang yang ada untuk berbakti kepada mereka. Bak kata pepatah, seorang ibu mampu untuk membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.



Insyallah umi abah doakan anakmu nie untuk menjadi seorang anak yang solehah dan dapat berbakti dikala umi ngn abah dlam kesusahan,doakan jua agar anakmu nie tidak mudah alpa dgn urusan keduniaan,mengejar harta dunia melebihi bekalan yang akan kita bawa ke sana kelak...

Ahad, 21 Ogos 2011

mood raya xdak pon..

As'salam semua pa kabar...
diam tak diam dah masuk ramadhan ke 22 dah..xwapa ari lagi nak sambut raya Aidlfitri..
salam aidilfitri..
dan diam xdiam jugak dah 12 tahun aku raya sendirian..huhuhuhuhu
mulanya sedih jugak la maw xnya tengok orang len raya ngn family diaorang bergembira di pagi raya..
yang aku nie lepas semayang raya,makan bagi kenyang,masuk bilik tidoo sepanjang hari..malam bangun makan then tdoo balik 2 la aktiviti aku dia hari raya...

tapi harap raya taun nie adalah hari raya teristimewa(moga2 la)
tadi aku da chat ngn ibunda tersayang via FB
aku tnya la nk raya mana taun nie??blik kg ka??umi ckap dia raya kat langgar (villa wan aku)
aku ckap la ok..taun nie mngkin appy la sbab ada insan tersayang di sisi smbut aidilfitri
aku tnya la klu umi nk raya ngn along ,along nak cari bju..dia ckap la kain yang umi bgi xbuat ka??
mmgaku xbuat pon maw xnya makcik tkang 2 bnyak pe'el sgt..xmaw trma dah la,klu p kdai len pon dpa xambik kain nie ada mnik jrum jait patah nk siap spsang bju pon...
xpala besok along p cari kaftan biru firus ikut tema..

umi dah sembur api daa...hambik ko..buat hal lagi kan

Ya Allah berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu,
semoga aku dapat tempuhi segala nie dgn tabah
dgn segala dugaan-MU.
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ya Allah Ya Rahman sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu,
aku buta tanpa bimbingan-Mu,aku sesat tanpa hidayah-Mu,aku hina tanpa rahmat-Mu,Andai ramadhan dan syawal terakhirku Kau berikanlah rasa gembira dan tabah mengharungi semua ini Ya Allah..Amin ya Rabbalalamin...
ok la nak mula meng'edit kad raya tuk di tag dlm FB...


Sabtu, 20 Ogos 2011

salam aidilfiti pada bonda dan ayahda

Terkenang di ketika Itu
Ku dimanja dan disayang slalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tukk membahagiakan
Demi anak-anak yang yersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat Itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahgia
Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Di Aidilfitri
Di Aidilfitri
wo wo wo woo..

Jumaat, 19 Ogos 2011

buat renungan anak "MANA MAK"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ahad, 14 Ogos 2011

Berjalanlah dengan penuh harapan......
Walau hidup kita tak selalu bahagia.....
Sedekahkanlah satu senyuman....
walau dihati kita tak lagi mampu bertahan
Belajarlah memaafkan walau diri kita terluka....
...Berhentilah memberi alasan walau kita ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan Iman
Walau kita sering dduga dan
Berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan ..
 
 
 

Selasa, 9 Ogos 2011

AISYAH BINTU ABU BAKR BELAHAN JIWA RASULULLAH

Dialah ‘Aisyah bintu Abi Bakr ‘Abdillah bin Abi Quhafah ‘Utsman bin ‘Amir bin ‘Amr bin Ka’b bin Sa’d bin Taim bin Murrah bin Ka’b bin Lu’ay al-Qurasyiyyah at-Taimiyyah al-Makkiyyah x. Dia seorang wanita yg cantik dan berkulit putih sehingga mendapat sebutan al-Humaira’. Ibu bernama Ummu Ruman bintu ‘Amir bin ‘Uwaimir bin ‘Abdi Syams bin ‘Attab bin Udzainah al-Kinaniyyah. Dia lahir ketika cahaya Islam telah memancar sekitar delapan tahun sebelum hijrah. Dihabiskan masa kanak-kanak dlm asuhan sang ayah kekasih Rasulullah  seorang sahabat yg mulia Abu Bakr ash-Shiddiq z.
Belum tuntas masa kanak-kanak ketika datang pinangan Rasulullah . Usia baru menginjak enam tahun saat Rasulullah  melaksanakan akad pernikahan dengannya. Wanita mulia yg diperlihatkan oleh Allah  kepada Rasulullah  dlm wahyu berupa mimpi utk memberitakan bahwa dia kelak akan menjadi istri beliau.

Dilalui hari-hari setelah itu di tengah keluarga hingga tiba saat Rasulullah  menjemput –tiga tahun kemudian seusai beliau kembali dari pertempuran Badr – utk memasuki rumah tangga yg dipenuhi cahaya nubuwwah di Madinah. Tidak satu pun di antara istri-istri beliau yg dinikahi dlm keadaan masih gadis kecuali ‘Aisyah x.

Seorang wanita yg mulia sabar bersama Rasulullah  di tengah kefakiran dan rasa lapar hingga terkadang hari-hari yg panjang berlalu tanpa nyala api utk memasak makanan apa pun. Yang ada hanyalah kurma dan air.

Seorang istri yg menyenangkan suami yg mulia menggiring kegembiraan ke dlm hati menghilangkan segala kepayahan dlm menjalani kehidupan dakwah utk menyeru manusia kepada Allah.

Allah  memberikan banyak keutamaan bagi di antara dgn meraih kecintaan Rasulullah . Kecintaan yg tdk tersamarkan tatkala Rasulullah  menyatakan hal itu dari lisan yg mulia hingga para sahabat pun berusaha mendapatkan ridha Rasulullah  dlm hal ini. Siapa pun yg ingin memberikan hadiah kepada beliau biasa menangguhkan hingga tiba saat Rasulullah  berada di tempat ‘Aisyah. Di sisi lain ada istri-istri Rasulullah  wanita-wanita mulia yg tdk lepas dari tabiat mereka sebagai wanita. tdk urung kecemburuan pun merebak di kalangan mereka sehingga mereka mengutus Ummu Salamah utk menyampaikan kepada Rasulullah  agar mengatakan kepada manusia siapa pun yg ingin memberikan hadiah hendak memberikan di mana pun beliau berada saat itu.

Ummu Salamah x pun mengungkapkan hal itu saat beliau berada di sisi namun beliau tdk menjawab sepatah kata pun. Diulangi permintaan itu tiap kali Rasulullah  datang kepada dan beliau pun tetap tdk memberikan jawaban. Pada kali yg ketiga Ummu Salamah x mengatakan beliau menjawab “Janganlah engkau menggangguku dlm permasalahan ‘Aisyah krn sesungguh Allah tdk pernah menurunkan wahyu dlm keadaan diriku di dlm selimut salah seorang pun dari kalian kecuali ‘Aisyah.”

Kemuliaan demi kemuliaan diraih dari sisi Allah . Dari banyak peristiwa yg dialami Allah  menurunkan ayat-ayat-Nya. Suatu ketika ‘Aisyah turut dlm perjalanan Rasulullah . Rombongan itu pun singgah di suatu tempat. Tiba-tiba ‘Aisyah x merasa kalung hilang sementara kalung itu dipinjam dari Asma’ kakaknya.

Rasulullah  pun memerintahkan para sahabat yg turut dlm rombongan itu utk mencarinya. Terus berlangsung pencarian itu hingga masuk waktu shalat. Akan tetapi ternyata tdk ada air di tempat itu sehingga para sahabat pun shalat tanpa wudhu’. Tatkala bertemu dgn Rasulullah  mereka mengeluhkan hal ini kepada beliau. Saat itulah Allah  menurunkan ayat-Nya tentang tayammum.

Melihat kejadian ini Usaid bin Hudhair z mengatakan kepada ‘Aisyah “Semoga Allah memberikan balasan kepadamu berupa kebaikan. Demi Allah tdk pernah sama sekali terjadi sesuatu padamu kecuali Allah jadikan jalan keluar bagimu dari permasalahan itu dan Allah jadikan barakah di dlm bagi seluruh kaum muslimin.”

Satu peristiwa penting tercatat dlm kehidupan ‘Aisyah. Allah  menyatakan kesucian dirinya. Berawal dari kepulangan Rasulullah  dari pertempuran Bani Musthaliq yg ‘Aisyah x turut dlm rombongan itu. Di tengah perjalanan ketika rombongan tengah beristirahat ‘Aisyah x pergi utk menunaikan hajatnya. Namun ia kehilangan kalung sehingga kembali lagi utk mencarinya. Berangkatlah rombongan dan ‘Aisyah tertinggal tanpa disadari oleh seorang pun. ‘Aisyah menunggu di tempat semula dgn harapan rombongan itu kembali hingga ia tertidur.

Saat itu muncullah Shafwan ibnul Mu’atthal z yg tertinggal dari rombongan Rasulullah . Melihat ‘Aisyah dia pun beristirja’1 dan ‘Aisyah terbangun mendengar ucapannya. Tanpa mengatakan sesuatu pun dia persilakan ‘Aisyah x utk naik kendaraan dan dituntun hingga bertemu dgn rombongan.

Kaum munafikin yg ditokohi oleh ‘Abdullah bin Ubay bin Salul menghembuskan berita bohong tentang ‘Aisyah x. Berita itu terus beredar dan mengguncangkan kaum muslimin termasuk Rasulullah  sedang ‘Aisyah sendiri tdk mendengar krn dia langsung jatuh sakit selama sebulan setelah kepulangan itu. Ha saja ia merasa heran krn tdk menemukan sentuhan kelembutan Rasulullah  selama sakit sebagaimana biasa bila dia sakit.

Akhir berita bohong itu pun sampai kepada ‘Aisyah melalui Ummu Misthah x. ‘Aisyah pun menangis sejadi-jadi dan meminta izin kepada Rasulullah  utk tinggal sementara waktu dgn orang tuanya. Beliau pun mengizinkan.

Sementara itu wahyu yg memutuskan perkara ini belum juga turun sehingga Rasulullah  meminta pendapat ‘Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid c dlm urusan ini. Beliau pun menemui ‘Aisyah x mengharap kejelasan dari peristiwa ini.

Di puncak kegalauan itu dari atas langit Allah menurunkan ayat-ayat yg membebaskan ‘Aisyah x dari segala tuduhan yg disebarkan oleh orang2 munafik. ‘Aisyah x wanita mulia yg mendapatkan pembebasan Allah  dari atas langit.

Dia melukiskan keadaan pada waktu itu “Demi Allah saat itu aku tahu bahwa diriku terbebas dari segala tuduhan itu dan Allah akan membebaskan aku darinya. Namun demi Allah aku tdk pernah menyangka Allah akan menurunkan wahyu yg dibaca dlm permasalahanku dan aku merasa terlalu rendah utk dibicarakan Allah di dlm ayat yg dibaca. Aku hanya berharap Rasulullah  akan melihat mimpi yg dengan Allah membebaskan diriku dari tuduhan itu.” Ayat-ayat itu terus terbaca oleh seluruh kaum muslimin hingga hari kiamat di dlm Surat an-Nuur ayat 11 beserta sembilan ayat berikutnya.

Wanita mulia ini menjalani hari-hari bersama Rasulullah  hingga tiba saat beliau kembali ke hadapan Allah . Delapan belas tahun usia saat Rasulullah  wafat di atas pangkuan setelah hari-hari terakhir selama sakit beliau memilih utk dirawat di tempatnya. Beliau pun dikuburkan di kamar ‘Aisyah x.

Sepeninggal beliau ‘Aisyah x menyebarkan ilmu yg dia dapatkan dlm rumah tangga nubuwah. Riwayat banyak diambil oleh para sahabat yg lain dan tercatat dlm kitab-kitab. Dia menjadi seorang pengajar bagi seluruh kaum muslimin.

Keutamaan dari sisi Allah banyak dimiliki hingga Rasulullah  menyatakan “Keutamaan ‘Aisyah atas seluruh wanita bagaikan keutamaan tsarid2 atas seluruh makanan.” Bahkan Jibril  menyampaikan salam pada melalui Rasulullah .

Tiba waktu ‘Aisyah x kembali kepada Rabb-Nya. Wanita mulia ini wafat pada tahun 57 Hijriah dan dikuburkan di pekuburan Baqi’. Ilmu kisah hidup keharuman nama tdk pernah sirna dari goresan tinta para penuntut ilmu. Semoga Allah meridhainya.

Aisya Humaira

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami
Khabar al Ifqi’ Satu titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukassirin
Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta
Tapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehna ujian
Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora
Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu


Aisyah ; isteri Rasulullah SAW yang dinikahi pada usia yang sangat muda… dan beliau diberi gelaran Ummul Mu’minin…wanita yang sangat hebat…. Bukan sahaja hebat di kalangan muslimin dan muslimat, di mata Islam, malahan paling mengkagumkan wanita ini sangat disenangi dan disayangi Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam…. Rasulullah paling sayang pada Aisyah…pastinya kita semua ingin jadi orang yang paling disayangi Rasulullah kan….qudwah hasanah dan kekasih Allah….
sejenak berhenti di sebuah laman blog… begitu menarik sekali blog yang dihias indah… alhamdulillah bukan sahaja indah pada rupa tetapi juga pada isi dan pendekatan yang terkandung di dalamnya…ia menceritakan kisah wanita faqihah itu….kagum sungguh dengan sejarah hidupnya…turut disebut kisah tentang hadis ifki di mana saidatina Aisyah r.a difitnah…
wah…. seronoknya berpeluang mengetahui kisah2 srikandi islam! :) apatah lagi paling menyeronokkan pabila kisah itu dikongsi kan bersama kanak-kanak kecil yang begitu asyik mendengar cerita….pasti terlopong mulut mereka dek begitu asyik mendengar….ini juga satu tarbiyah kan:) melayan pertanyaan si kecil pastinya membuatkan kita makin gian berkongsi…. dan tidak jemu bercerita….mengenang perjuangan dan pengorbanan para mujahidin zaman Rasulullah dulu benar2 dapat memupuk semangat juang dan cintakan Islam…selain ianya juga boleh dijadikan contoh ikutan yang sangat baik… mereka xputus2 berusaha mengejar ‘tempat’ di sisi Allah… dan syurgaNya yang amat indah….walaupun ada di antara mereka sudah dijanjikan jaminan syurga dari Rabb tercinta….. dugaan demi dugaan datang menimpa….bertalu2… namun dengan izin Allah, semuanya dapat ditempuhi dengan begitu tenang sekali….benarlah kalam Allah fi muhkam kitabihil ‘aziz..
“sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (alInsyirah : 6)…hebat…. subhanallah!
Semakin tertarik dengan kisah Aisyah r.a yang merupakan wanita unggul dan sangat bijak mindanya…


untuk perkongsian bersama...  w'slam....

kasih sayang ibubapa

Baru-baru ni aku ada baca satu buku... ada satu tajuk dia yang betol2 menarik perhatian aku. Tajuk dia mengenai kasih sayang ibu bapa. Apakah betol setiap apa yang di lakukan oleh ibubapa terhadap anak2 adalah demi kebaikan anak2 mereka? bagi ibu bapa terutama orang melayu, mendidik anak perlu tegas dan penuh unsur paksaan.. marah dan mengherdik itu satu kasih sayang.. memukul dan merotan itu satu kasih sayang.. membebel dan memaksa itu satu kasih sayang... apakah benar itu dianggap kasih sayang? namun itu lah yang menjadi kebiasaan ibubapa terutamanya orang melayu dalam memberikan kasih sayang kepada anak2..paksaan hanya akan membuatkan anak2 menunjukkan protes mereka..


kenapa kah ibubapa tidak menunjukkan sahaja kasih sayang melalui sifat kasih dan sayang mereka? kenapa kasih sayang perlu di terjemah kepada pukulan dan maki hamun? mungkin kasih sayang sebegitu boleh di praktikkan pada masa dahulu.. zaman sekarang, kasih sayang dengan pukulan dan bebelan tidak berkesan kepada anak2.. anak2 yang tidak berfikiran matang akan merasakan mereka dibenci dan tidak disukai oleh ibubapa..

sebab itu sekarang ni kian menjadi-jadi kes lari rumah, pukul ibu bapa bahkan sampai membunuh ibubapa.. semua itu lantaran tidak tahan dengan sikap dingin dan bebelan orang tua.. kalu zaman dahulu, menurut mak aku, walau kena pukul pon, terpaksa tahan je.. nak lari rumah pon nak pergi mana.. kalu malam gelap gelita.. hutan je sekeliling.. zaman sekarang ni berbeza sama skali..hutan batu memenuhi segenap ruang.. cahaya neon bergemerlapan..para sahabat pon bertaburan. boleh menumpang teduh rumah kawan.. kalu mak kawan tanya, katanya dihalau ibubapa.. itu yang biasa terjadi..

Sedarlah para ibubapa, zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu.. anak2 sekarang mudah memberontak dek kerana pemikiran yang tak matang. cuba2 lah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan kasih sayang yang sebenar secara terus.. tak perlu lagi kasih sayang itu di terjemah kepada pukulan dan bebelan..

kasih sayang dan sifat lemah lembut akan melembutkan juga hati anak2... Rasulullah sendiri pernah berpesan supaya menjadikan anak2 sebagai kawan apabila mereka di ambang remaja. Ini kerana anak2 akan mudah mengikuti apa yangg rakan mereka lakukan. melalui psikologi, menurut Dato Dr Haji Fadhilah Kamsah, anak2 masa kecil suka menjadikan ibubapa sebagai role model.. bila di skolah rendah, anak2 lebih suka menjadikan guru sebagai role model.. dan bila remaja, anak2 akan lebih suka mengikut apa yang kawan2 mereka lakukan..oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan kawan kepada anak2 yang remaja supaya mereka mudah mengikuti anda dan bukannya berpeleseran dengan kawan2 mereka yang lain

Isnin, 8 Ogos 2011

zinnirah harum namamu seharum pengorbanan yang terpaksa kau hadapi

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....



Zinnirah-UNIC

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi