Jumaat, 30 Disember 2011

2011 melabuhkan tirai

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya..terlalu-lalu banyak sangat pahit manis dalam tahun nie yang terpaksa cikparipari lalui..Ya Allah tersangatlah perit dugaan tahun nie,macam-macam dugaan dan bertimpa-timpa pulak tu,cikparipari dihina,diperlekeh,dicemoh,dipandang macam sampah T__T..tapi xpa muhasabah diri balik ingat “ALLAH uji ummat Dia sebab sayang dekat kita tak mau kita lalai dan jauh dariNYA”..
kita mengadulah,menangislah,mengacumlah,merintihlah,komunikasi pada DIA..kita sebagai ummat ISLAM di larang sambut new year,,,
NEW YeAR kelender ISLAM xmaw plk nak smbut.,yang kearah kehancuran tu la nak ikut sangat,jangan sampai ALLAH Murka dengan ummatNYA..
masa ALLAH nak tukar buku amalan kita kepada buku yang baru,,banyak amalan yang boleh kita buat nak bagi cantik bahagian pahala dalam buku amalan pada mukasurat yang terakhir..
semua amalan kita malaikat dah catat,xboleh nk delete dah,permenant punya dlm buku amalan kita,masuk alam barzakh,kena hitung amalan dekat atas penimbang AL MIZAN,ALLAH siap tunjuk slide show segala amalan kita sepanjang dekat dunia pinjaman Dia,segala kejahatan kita,taubat kita,amalan kebaikan dan keburukan akan terpapar depan mata,masa tu mulut tak boleh berbicara untuk menafikan dah,segala anggota badan akan bercakap,kaki jawab,ya kaki nie pernah jejak tempat maksiat,tangan nie pulak jawab,tangan nie pernah bunuh insan  yang xberdosa,,ALLAH bagi balasan cash time tu jugak..DIA suruh kita hidup kat atas dunia nie kumpul seberapa banyak amalan yang boleh,bukan suruh buat maksiat,lalai dgn godaan dunia...

Ya Allah aku berharap tahun 2012 yang akan tiba adalah tahun penghijrahan aku ke arah yang lebih baik,tahun yang bertuah pada aku,tahun yang menyinar kembali keluarga aku,moga tahun nie kebahagian menyapa diriku,tahun yang sungguh bermakna dalam hidup aku,tahun yang bakal mengubah status aku dari gadis kepada muslimah sejati,pendamping suami soleh(dah pasang niat),tahun yang membuatkan banyak “wishlist” aku akan menjadi kenyataan,buat masa sekarang nie masih ada 40 senarai wishlist yang belom tertunai lagi.nie salah satu wishlist cikparipari :PP

upgrade dslr ngn lens yg fuhh dasyatnya...
(mimpi boleh la)



Rabu, 28 Disember 2011

janji ALLAH pasti

"Duhai Tuhan pemilik Luh Mahfuz, jodohku telah kau tetapkan di sana, siapa orangnya, bila masanya dan bagaimana pula ia akan dilangsungkan yang ditulis Kalam-Mu. Daku memohon kemampuan dan keupayaan serta restu untuk bernikah mengikut sunnah Nabi-Mu s.a.w. Moga Kau jodohkan daku dengan yang soleh orangnya, yang mententeramkan hati ketika susah dan senangku, yang tunduk taat pada Islam yang dibawa oleh Nabi-Mu." -Qalbi-

baitul muslimku,impian baitul sakinahku..
bercinta lepas nikah adalah impianku,
mempunyai imam,pembimbing yang soleh adalah doa ku sentiasa
aku kini sedang bersedia untuk memsolehahkan  diriku
untuk menghidu sedikit setanggi wangian Firdausi,
agar dapat seiringan dengan bakal mujadihku melangkah gagah ke SYURGA JANNAH yang telah di janjikan..
aminnn Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...

nie la doa kudusku memohon kepadaMU ,xpernah jemu memohon,merintih,meminta,,..
kerana ku tahu hanya doa sebagai senjata hidup mukmin
sesungguhnya hanya KAU Maha Memakbulkan Doa setiap hambaMU...
JANJI ALLAH ITU PASTI CUMA LAMBAT DAN CEPAT SAJA...


Isnin, 26 Disember 2011

solehahkan diriku..


memendam perasaan memang sukar,perit,sakit…
namun meluahkan xkan memberi kepuasan yang berpanjangan…
lebih baik berdiam tanpa bicara…
serahkan padaNYA untuk mencorak hidup kita seteusnya…
andai dia jodoh kita…
tanpa perlu kata-kata..
tanpa perlu derita..
dia datang mendatangi kita..
namun itu bukan suratan untuk kita..
insyaAllah..akan datang seseorng bahkan lebih baik daripada dia..
namun jika diri belum bersedia..
usah dikejar cinta manusia..
hiasi dahulu diri dgn cintaNYA..


YA ALLAH kau utuskanlah kepadaku seorang lelaki yang soleh,jadi suamiku,imamku,mujadihku,pembimbingku,pendampingku, bapa kepada anak-anakku,serta menerima aku seadanya...Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Penentu Jodoh....


Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu,
tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,dan aku pun tahu, tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya,kesolehan dirinya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…



p/s: aku tengah cuba untuk men’solehah’kan diriku agar ALLAH utuskan kepadaku pendamping yang soleh...

 



Sabtu, 24 Disember 2011

K A W E N


Mak......saya nak nikah awal....

Semasa meningkat remaja, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…

Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

Dalam diam aku tertarik dengan s i f a t nya,,i l m u nya,,a k h l a k nya,kesolehannya...Aku d i a m,, d i a m kerana aku tahu dia milik ALLAH,,aku hanya perlu minta kepadaNYA..

Jodoh milik ALLAH,,tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan 'lafaz akad nikah'.. ~(ˆ
ˆ)~
BiLa cintaku memilihmu, kau tau itu bukan pilihanku tp pilihan-Nya.
BiLa cintaku memilihmu, itu bukan karena cintaku padamu, tp karena Dia mencintai kita.
BiLa cintaku memilihmu, biarkan waktu yang menjawab siapakah dirimu.
BiLa cintaku memilihmu, aku yakin cinta-Nya telah memilihmu untuk menjadi teman bagiku menyempurnakan setengah agama ini.
BiLa cintaku memilihmu, izinkn ku habiskan sisa usiaku untuk menjagamu......

JODOH telah ada untuk kita TAPI masih TIDAK JUMPA ?
 MATI sudah TETAP tarikhnya TAPI masih TIDAK DIKETAHUINYA ?
 REZEKI sudah ADA untuk kita TAPI masih BELUM DIBERI SEMUA ?

! ALLAH itu MAHA BIJAKSANA dan MENGAJAR kita APA itu ERTI SABAR dalam MENANTI kesemuanya !

Sabtu, 17 Disember 2011

amalan cikparipari..

Sejak-sejak jadi penganggur terhormat nie kan,cikparipari banyak mendalami ilmu KALAM ALLAH nie,bukan dok saja ok..,ada 1 malam 2 lepas cikparipari dapat mimpi ada seorang hamba ALLAH berjubah putih mai jumpa cikparipari,dia cakap jangan putus asa,jangan sedih,jangan meratap naseb diri kamu..sebelom dia p dia ada bagi ayat suruh cikparipari amal,cikparipari mulanya xmaw dia paksa jugak suruh amal dia cakap kalau kamu amal semua amalan yang hamba ajarkan kamu Insyaallah aku xkan lalai lagi di dunia nie,bangun ja pagi 2 terus cakap dekat mak,siap bukak tafsir QURAN cari dan antara ayat tu dan jadi amalan cikparipari sekarang + surah-surah yang mak bagi suruh hafal buat pendinding diri,Alhamdulillah la idup rasa tenang sekarang,walaupon org sekeliling xpuas ati ngn idup cikparipari...dan banyakkan amal selawat nabi,selawat syifa’,selawat nariyah,bangun tengah malam buat solat tahajud,hajat,solat istikharah,baca yasin,,komunikasi la dengan ALLAH dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui segala isi hati kita,menagislah,mengadulah,mintak la apa yang kita hajatkan,ceritala semua masalah kita dengan DIA,.. serius cikparipari cakap lepas solat,bukak ja telekong hilang segala duka,sedih,masalah...rasa tenang yang teramat sangat ......


Kalau xpercaya buat la,amalkan secara istiqamah la jangan sekerat jalan ja,kadang 2 setan akan berbisik jugak dekat kita rasa sia-sia bangun bermunajat tengah malam bukan dapat apa pon,hidup tetap macam nie xberubah jugak...cepat-cepat sedar setan saja nak melalaikan semua anak-anak Adam kat dunia nie...



antara kelebihan amal selawat nie...
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka salawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
1.     Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2.    Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH SWT akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3.    Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
4.   Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Dan cikparipari baru terbaca dekat fb,ada la hamba ALLAH nie bagi,kebanyakkan amalan cikparipari nie mai dari banayk sumber rujukan dan carian...

tak salahkan kita nak berubah ke arah kebaikan dari jahil kepada seorang muslimah yang solehah,lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik bak kata ummi cikparipari dia sunting dari hadis RASULULLAH untuk peringatkan ummat dia jangan lalai kt dunia nie, cikparipari dalam plan nak p kelas untuk belajar mandi jenazah la,ingat la biarlah ummi,mak,tok family yang laen cikparipari nak mandi kan depa,nak beri penghormatan terakhir kepada insan yang bermakna sebagai seorang anak dan cucu dalam hidup cikparipari...