Ahad, 8 Disember 2013

Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam




100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


BERSIAP SIAPLAH, HARI ITU PASTI AKAN DATANG! SUDAH SIAPKAH BEKAL KITA?
Wallahu a’lam




Rabu, 18 September 2013

AKU HANYA WANITA BIASA YANG INGINKAN BIMBINGAN




Nak kawen jadi isu,tak kawen pon jadi isu....dah macam melawan takdir ALLAH nampak nak ambik tau benda yang belom ALLAH kata kun fayakun..
Kahwin vs. Couple
Cinta halal vs. Maksiat
"Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing-masing daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing-masing. Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna: "kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. " - Ustazah Fatimah Syarha

 
 >>> REZEKI KITA TIDAK AKAN TERGANTI DENGAN
ORANG LAIN

Allah Sudah Menetapkannya
♥♥♥
Termasuklah JODOH
Jika Kedatangan Jodoh itu Lambat
Janganlah Mengeluh
Yang Kita ni
"TAK LAKU" ALLAH hanya nak kita bersabar..


AKU HANYA WANITA BIASA YANG INGINKAN BIMBINGAN

Jika wanita cantik yang engkau cari, ia bukan saya..
Jika wanita solehah yang engkau cari, ia bukan saya..
Jika wanita ayu yang engkau cari, ia bukan saya..
Jika wanita kaya yang engkau cari, ia bukan saya..
Jika wanita yang berpurdah engkau cari, ia juga bukan saya..

Tapi jika wanita yang ingin dibimbing, ya itu saya..
Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya..

Siapa pun anda yang kelak akan menjadi imam saya..


 
ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA
 
 Alasan klishey orang zaman sekarang bila tanya couple sebelom nikah???
Jawapan yg diberi....
1.punya suka aku la..ada kacau pkwe ang ka???(awak tgh buat maksiat depan saya,saya kena cegah kemungkaran)
2.aku couple sebab dia bleh ubah aku,cal aku untuk bangun solat,dia ajar aku untuk buat kebaikan..dia tegur aku pon baek2 (helo klua pkwe awak laki yg baek,dia xkan buat benda yg H.A.R.A.M)
3. aku rasa hidup ini kosong,sepi,jiwa aku tertekan bila xdak tempat nk luah & kongsi perasaan ( mak abah dok ada,depa kenai kita awai dari kta kenai pakwe yg baru couple takat 8 tahun)
4.asal tengok talipon,xdak sapa sms tanya makan ke belom,dah mandi,awak pakai baju color apa harini.xdak orang yg nak ambik berat asal kita..(makabah yang hari2 ok bagi duet blnja,masak makanan,tu tak ambik taw lagi pasal anak ka??)
5.ada orang raikan hari lahir,hari kekasih,anivesery hubungan kita..(makabah ingat tapi kita lebihkan pakwe dri makabah)
6.boleh bawak kita naek motor pusing town,tengok wayang,kongsi2 makanan,tolong suap menyuap..(kita lebih rela naek moto dgn lelaki yg bukan muhrim kita dri naek dgn abah kita,alasan malu sbab abah dh tua,dok boroi,tak larat jalan.malu kawan2 gelakkan kita)
 
P/S ::: jangan melawan TAKDIR Allah,untuk tentukan jodoh orang laen..
Pilihlah yang terbaek,tanya pendpat orang lbih pengalaman..
Nak cari suami,biarlah yang boleh hidup susah dan senang dengan kita..boleh bimbing dan pimpin kita menuju radha Ilahi..


Bottom of Form

Jumaat, 9 Ogos 2013

Selamat Hari Raya untk semua...



Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Aidilfitri menjelma jua. Bila tiba sahaja hari Raya, pasti semua orang akan bergembira. Makan kuih raya, kumpul duit raya, berkumpul saudara mara,ziarah sanak saudara dan macam-macam lagi aktiviti. Kalau masa saya kecik dulu, confirm malam raya pergi main meriam buluh.  Sekarang pon join sekaki jgk tengok sepupu-sepupu main mercun ..Hehehe.



SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA....





Jumaat, 12 Julai 2013

pemilihan seorang suami mencari "calon isteri"



Seburuk-buruknya akhlak seorang lelaki..
Ia tetap akan memilih wanita baik-baik yang akan dijadikan pendamping hidupnya...Begitu juga sebaliknya..

Seburuk-buruknya akhlak seorang wanita..
Ia tetap akan berharap lelaki baik-baik yang akan menjadi pendamping hidupnya.

Pertanyaannya adalah...?

Sudah adilkah jika lelaki mempunyai pilihan seperti itu?
Sudah adilkah jika wanita mempunyai harapan seperti itu?

Bukankah dengan sangat jelas ALLAH telah memperingatkan kita?

Bahwa yang baik akan mendapatkan yang baik?
Dan yang keji akan mendapatkan yang keji?

Sebuah pertanyaan yang harus kita jawab dengan seikhlasnya...

Jawapan yang Terbaik adalah :

Jika kita ingin pasangan yang baik maka kita seharusnya terlebih dahulu menjadi dan membentuk peribadi yang baik !