Selasa, 31 Mei 2011

selamat berbulan madu!!!

as'salam semua...dah masuk bulan JUNE rupanya..selamat bulan june semua....bulan nie bnyak sangat2 aktiviti aku
first aktiviti aku ialah
-final exam tuk final year nie (6 dan 8 jun 2011)
-majlis nikah sepupu aku (9 jun 2011)
-majlis kenduri umah aku(11 jun 2011)
-final exam subjek umum (12 hingga 16 jun 2011)
-start cuti sem (17 jun 2011)


dah tuk bulan julai
-daftar masok kolej jururawat masyrakat kulim(1 julai 2011)
-penempatan praktikal(grafik design)(10 julai 2011)

2 ja la jadual aku sepanjang bulan nie ngn bulan depan punya aktiviti..
sebuk jgk la..nk kena berkejar2 balik kg..
arinie last kuliah..bsok dh kena kosongkan lab,preparation tuk final exam..
tengah pulun nak siapkan portfolio nie...huhuhu..next week PPL dh nk datang tengok..

okey la..nak cau duluw nie..jumpa lagi nanti taw..


Sabtu, 28 Mei 2011

sifat wanita idaman lelaki...

Wanita Solehah
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat padawanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.  Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah…..
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya…..
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga…..
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.

result dah keluar!!

as'salam,pa kabar????arinie sebuk sikit la,maw xnya...ari minggu orang cuti kitaorang ada kuliah ganti,huhuhuhu,nak sangatkan cuti tambhan tuk sambut wesak,ganti la arinie....
sart pagi tadi,bangun dlm pukoi 6 sengah,mandi semua,masak air ingt nk buat air tuk breakfast tapi xdak pa plk nk mkn..terus turun bawah,then kitaorng gerak g dewan tapi ada event dri pihak luar gunakan..nak taw dak sebab apa,arinie ada greading test naik tali pinggang taek-wan-do..
dan semua nya tamat dlm koi12 tengahari la..

ime tengah rehat2 badan kat bilik,mak aku bagi mesej cakap "dpt kursus dekat kulim"
aku dgn selamba bodoh nya reply"mak cakap pa nie xpaham"
mak aku balas"ala result JM 2 la, dapat kat kulim ja...dlm negeri kit jugak la...
aku terkesima seketika la...
k la,nie dlm bilik kuliah nie,dpt projek baru nkena design poster untuk promosi

bye!!

Jumaat, 27 Mei 2011

bila maktok dan wan kenai FB dan TeNet!!

wah..mantap la skrang nie korang taw tak maktok aku pon dah makin maju..dah ada FB..ada masa lapang on FB la skrang nie..
korang mesti xcaya kan..huhahahahhaha
nie dia buktinya
villa wan aku 2 dah jadi mcm cyber cafe dh..pasang wifi punya pasai la  nie,time cuti sekolah mmg open table la,lappy subsidi ada,sendrian berhad pon ada..nie baru skit xbalik anak cucu lagi

wan aku pon pantang ada masa free,online memanjang,dia bukan takat tengok.siap dok mengomen pic org la,upload gambar la,chat la semua dia dah pandai..

nie la wan aku yang makin maju pala otak dia 2...

nie la maktok ngn tokwn zaman millenium nie..so apa yang anka2 dia buat,cucu dia buat semua dia leh taw,.dah sip bajet sikit la xpayah beli paper macam duluw,kena beli hari2 nak baca sambil breakfast,now bukak lappy pon dah leh baca papper...

caya la wan ngn maktok!!!!terbaek la...
nie la maktok ngn tokwan aku...time diorang g holiday kat sarawak

Khamis, 26 Mei 2011

robak hatiku!!

Suratan atau kebetulan..
aku di persimpangan,
antara kiri dan kanan,
antara kasih dan sayang.
Aku harus memilih,
kerna kakiku ini perlu melangkah,
meski sesekali sumbang jua langkahku,
meski suatu ketika aku kan terjatuh,
menahan kesakitan yang mengundang airmata.
Namun aku pasrah...
lebih rela merasa pedihnya terjatuh,
dari aku terus bingung dipersimpangan,
dari aku terus termangu tanpa jawapan.
Sabarlah duhai hati,
bangkitlah wahai diri,
suratan atau kebetulan??
Pilihan tetap di genggaman...

Ya Allah tahap kesabaran aku pon ada hadnya jugak,xkan aku nak jadi barua ang ja..nak kena anytime ikut mood ang,,,ang 2 sapa??bukan Rasulullah S.A.W dan bukan jugak Insan2 yang perlu disanjung tinggi..
ingat ang sorang ja la ada mood aku nie xdak..ingat aku nie robot ka pa yang xdak prasaan,len la ang kan!!

tadi bangu pagi dengan perasaan yang berkobar2 niat dlm hati,,nak balik kampung dgn hati yang riang dah terbayang tok aku tunggu aku dpan pintu, sampai aku balik!!dia buat apa la mlm nie klau aku xbalik....sapa nak sembang ngn dia,sapa nak dgr luahan perasaan dia,tapi ada ka manusia2 kisah semua 2..wei aku dah nak belah dari sini la..xlapar la dok sini lama2..ingat aku suka ka??


lepas keluar dri bilik hamba Allah 2,ayer mata memang nak kelyar la...dia xpaham kot..prasaan org.

ok fine,hanya Allah yang mampu membalas asa dia kan..yng banyak berjasa la sangat..aku maseh ingat lagi sebelom dia cti nk kawen aritu.malam last2 kitaorang berjemaah kat surau ILP.lepas 2 nak salam semua dia siap peuk cium segala,dia mintk maap la semua la saah dia..aku mati2 ingat dia dah berubah,tapi hampeh la..manuisa yang bertopeng ja rupanya..
Munafik!!
dgn juraian air mata aku masok lab cita dkt kawn2 aku (jua ngn kak ezzy)..dia orang bagi cadangan p jumpa penolong pengarah terus(bik mama)..aku,jua,amy,ngn oyen jalan p bangunan admin, sampai kat bilik dia..
di tgh sbuk la jgk..aku bagi srat 2,cita la yang hamba allah tadi xbagi balek weekend nie..sbab nya ada prgram  bang**g pa tah..klau dok kt U pon xmcm nie..ingat sekolah ka???

dia cakap dgn seriusnya..'u must finish your study kat sini,kau x u kena bayar balik gantirugi pada pihak kami'
lagi 1 permohonan berhenti u nie xboleh di guna pakai.buat baru lagi pon apa resent u nak berhenti awai??

wei beng**g oo aku nak berhenti awai ada sebab la.bukan suka2 ja..RUMAH AKU NAK KENDURI LA WEI,AKU NAK BALIK LA..
aku nak bhnti awai sebab lepas kndri nie aku xpayah sebuk nak pikiaq pasai exam da la!!
suka hati aku la..
tengok2 jadi macam nie 
RASA MACAM NAK REBAH DEPAN 2 JGK LA...HILANG TERUS EMANGT NAK STDY TAW DAK...

rasa macam hati,jiwa,prasaan aku dah ada kat kampung,tapi jasad yang maseh bernafas nie hanya berada di sini..
sampai nangis sedu2 la..
k la..nak balik la..nak tido lagi baguih la...





mINggu macam2 ad AADK, dodgeball,frendly antara adtec kulim

khamis,26/05/2011(19:11) baru terjaga dari tidor xsat lepas balik dari program yang amat suspine 2..mula cita dia cmni,minggu lepas ad perjumpaan dkt DS semua pelatih wajib hadir..dia cakap la..minggu dpan (hari nie la 2) ada 1 jabatan nak ada kan program kat sini ,dan dia nak ambik kita sbgai calon untuk prgram 2..lepas 2 bahagi kumpulan kedapa 12 group..aku dapat kumpulan 10.dan seterusnya group 1 hingga 6 kena buat boria,group 7 sampai 12 buat pantomin tajuk dia 'think health no drug'..tajuk dia dia bagi minggu lepas tadi semalam time lepas isyak bru plan nk cari idea,watak segala la..aku lepas isyak,trun gi maen dodgeball.duluw..huhuhu..angkara dodgeball la aku sakit urat sampai sarang nk solat punya la nyeksa,nk jalan pon sakit nak mampos..nie la padahnya terus maen xbuat senaman duluw hamik kau kan!!adehhh dia sakit dari pinggang sampai ke kaki 2...
dah la 2 syok dok ngarang kan....nak g mandy,nak g surau plk la plas nie...

frendly antara ilp(oren) dan adtec kulim(hijau)
walaupon dak ilp baru kenai bola tampar 2 sehari sebelom frendly nie..hahahahha..boleh la kan..
sesi malam pulak,tengah mendengar penerangan tentang dodgeball nie..
best gila maen nie...
tapi tengah malm 2 nyeksa la..aku kna semput sorang2..
dah maen first round...ety ngn min nose
nie la hasilnya..hari nie 26052011 
kami dari kumpulan 10 telah mendapat tempat kedua dlm prtandingn pantomin nie...
hahahahaha mmg xbajet lansong dpat,buat rehasel pon semalam ja..
terbaik la,watrak aku bawak,aku kena jadi pusher kot,hahahaha
aku with abe( mat klate) ngn min nose..
k la..ada masa eth update lagi ya,xsat baru ja balik dari bukak hamper makan ramai2..haahhaahhaha..
jumpa lagi dah nagntuk daa..bye,luv u all...
dan xlupa kepada semua ahli group 10,tahniah untuk diri anda,dan kejrasama serta komitmen yang anda semua berikan....

Selasa, 24 Mei 2011

hariku bermula..

24/5/2011masa 09.25...kuliah bru bermula..sebelom 2 msok ja lab bukak FB duluw..tgok paper online duluw..cri bahan2 tuk assigment cik aniza.tengok2 blog..update bog..jap lagi cik maha masok mengajar..harap2 ari nie xtension macam semalam la,salah ja 1 step,habis semua xjadi..hushhhh tension jugak..dah kita tertinggal..bukan nak tunggu sat..aku pon mula la nak bukak mulut becok aku nie....

semalam ada chat ngn kak zunairah pemilik http://beloginikosong.blogspot.com/..dia ada bagi cadangan untuk majlis 11 Jun nie dia cakap try pakai jubah,tudung pakai shawl ikut gaya HANA TAJIMA..aku kata cam ok ja..mmg org tgh pakai gaya 2 skrang

style la gaya dia ..



plan nak pakai jubah cmna nie la...
tapi semua dah dpat kain pasang pakai semua sama



TEMA: white and black..

aku kena nek pelamin jugak la 11 mei nie bukan sebagai pngantin taw tapi pengapit pengatin a.k.a photografer dia skli..

 ok la..cik maha dia bagi hin 2 dia nak mulakan kelas dah..
bye semua,jumpa lagi..

Isnin, 23 Mei 2011

minggu akhir sebelum final exam mmg memenatkan...

as'salam semua,mcm tajuk akt ats nie kan mmg sagat sgt minggu nie..xmenang tangan la nak buat,arinie.nie baru blik kuliah dlm koi 17.00 ..1 assigment cik aniza dah siap antar dia ajar bab production control,korang taw ka pa 2..sapa dalam ambik bidang aku taw la natang pa 2..yang assigment kali nie tajuk dia bagi tapi by group la..group kami kena design majalah..pilih salah 1 muka tuk buat separate colour dlm CYMK(cyan,yellow,magenta,black) yang nie aku baru ja siapkan tak sat nie dh hantar pon,klau xmmg dia nak bagi telur ayam ja la (kosong) sapa xhntar ikut deadline dia bagi,Ya Allah badan aku nie tersangat la letih sebab pa korang nak taw dak,,tadi pagi sebelom cik maha bagi kuliah cik aniza msok lab bagi lagi assigment latest punya dooohhh.mati la mati otak nie nak pikiaq dia nak siap semua dlm minggu nie jgk..assigment blambak-lambak lagi..dgn kelas penuh nie sebab la nie cik maha punya turn ngajar dia dia laju la jgk nagjar sampai aku xdan nak tngkap la,dia ajar photoshop la der ooiiii..dah 2 dia bagi syarat lpk..setiap orang kena buat 1 lahitan tutoriar bentang dekat depan nak bagi kawan pham cmna cara..dia sampai nak angin ngn aku ya la..aku nie ja mlut becok dlm kelas 2...asai xtaw mesti mulut xreti diam..dok azan kat telinga dia saya xdpat,saya xdpat..sampai dia kata tukar profesion jadi DJ kt konti radio plk la awak nie..hahhahahahahahhaaa..
apa la cik nie nak buatcmna saya mmg jenis nie kot,nak kata ibu saya makan bontot ayam time dia ngandung xplk kot...
dlm minggu ujung2 sem nie la jugak portfolio sorang pon xlengkap pa pon lagi..mati la nak siapkan benda alah nie plk...sakit,sakit la..sem nie mmg banyak sungguh la design..xmcm senior 2sem lepas..tngok diorang belajar appy ja..xdak beban lansong pon... tah la dekat2 nak feed up pon ada nie..

k la jumpa lagi noh...nak mandi semua ,makan lepas 2 p surau daaa...
malam nie plan nak tido awai sikit,la nie aku da mslah susah nak tido la sampai kena ambik masa 1 jam dluw guling2 atas katil bru nak lelap,,hadoi dgn dak2 nie buat party tiap2 mlm,mcm nak pecah pala rasanya..air nek pala oooooiiii,lepas isyak stg kata nya ad group descation tuk majlis ari khamis nie..


byee...sory kalau xdak entry baru..busy sangat la skrang nie..final sem la katakan....

Sabtu, 21 Mei 2011

Keburukan tidooo terlalu lewat dan jaga lambat

Artikel ini adalah ehsan dari seorang teman yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

banyak jugak kebenarannya .......

Jumaat, 20 Mei 2011

just suka-suka buat part time...

as'salam hai semua pa kabar...huhuhu suka la kan...semalam time tengah break latihan taek-wan-do..member aku senoritazaty.blogspot.com a.k.a zaty ada cakap dia nak gi jumpa cik poji....lepas 2 balik masuk dewan suka dia senyum sampai ke telinga,...

zaty:ety kita dapat duet la cik poji bagi
aku:det pa???
zaty:ala duet yang kita tolong dia ambik gambar tiap petng time kita buat pertandingan bola jaring 2 la...
dia bagi sorang rm 23 hinggit...
aku : ang nie biaq benar,aku ambik camtu2 ja pon...
zaty:dia bagi ambik ja la...

aku pon ambik ja la...dah orang bagi free kan..barang free nie semuanya sedap taw dak....(gelak besar)
ala bukan buat pa pon..just snap gambar ja.dri koi 5 sengah ptg mpai koi 7..2 ja keja dia tuk 3 ari brturut-turut...

time nie diorang xtaw lagi yang aku dah beli kekasih hati aku 2....

weekend yang memboringkan la....kalau balik umah tentu2 la aku dah boleh keluar,lepak ngn member,,xpon bat aktiviti yang aku mula nak minat nie pa lagi masak memasak la kat dapur 2....tapi weekend nie xleh balik dah sampai cti sem nie la pertengahan blan 6 nie...tension pon ada dok dlm penjara pillai nie..nak keluar srang po xdak moto...
tetiba ja rasa lapar nak makan KFC teringat cheezy wedges dia,chicken chop dia,wowww sedap 2..lapaq kek secret recipe chocolate walnut 2...sedap nya chocolate cair kat mulut,,superb la...tapi xleh keluar p makan la...dok hostel bengong nie..eeeshhh bencinya!!!
nak layang movie pon xdak cita yng best...nak layan blog,FB pon mcm dah boring la...xdak pa pon ynag menarik..
nak p snap gambar satgi orang cakap nak tyang kamera baru la 2..
tidooo ja la jap lagi....roomate aku macam tengah siap nak keluar kot...besa la nak trun Sunway kot..tgok movie..

Khamis, 19 Mei 2011

cara mengembangkan rasa dan sifat sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Isnin, 16 Mei 2011

sElaMa Sisa hiDUpku

Aku memuji Allah untuk menghantar kau cintaku
Anda telah menemui rumah anda dan belayar dengan saya
Dan aku di sini bersama anda
Sekarang biarkan aku memberitahu anda
Anda telah membuka hati saya

Saya selalu berfikir cinta itu salah
Tapi semuanya berubah ketika anda datang
Dan ada beberapa kata saya ingin mengatakan

Selama sisa hidup saya
Aku akan dengan anda
Saya akan tinggal di sisimu
Jujur dan benar
Hingga akhir waktu saya
Aku akan mencintaimu
Mencintai anda

Selama sisa hidup saya
Melalui hari dan malam
Aku akan bersyukur kepada Allah
Untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya Aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu itu jauh di lubuk hatiku

Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu
Dan aku meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan
Kau isteri saya dan teman saya dan kekuatan saya
Dan aku berdoa kita bersama di Jannah

Yang aku tahu aku mendapati diriku
Aku merasa begitu kuat
Ya segala sesuatu berubah ketika anda datang
Dan ada beberapa kata saya ingin mengatakan

Selama sisa hidup saya
Aku akan dengan anda
Saya akan tinggal di sisimu
Jujur dan benar
Hingga akhir waktu saya
Aku akan mencintaimu
Mencintai anda

Selama sisa hidup saya
Melalui hari dan malam
Aku akan bersyukur kepada Allah
Untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya Aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu itu jauh di lubuk hatiku

Sekarang bahawa anda di sini
Di depan saya
Saya sangat merasakan cinta
Dan aku tidak ragu
Aku menyanyikan lagu itu keras
Bahawa aku akan mencintaimu selamanya

Selama sisa hidup saya
Aku akan dengan anda
Saya akan tinggal di sisimu
Jujur dan benar
Hingga akhir waktu saya
Aku akan mencintaimu
Mencintai anda

Selama sisa hidup saya
Melalui hari dan malam
Aku akan bersyukur kepada Allah
Untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya Aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu itu jauh di lubuk hatiku

kelebihAn berCium

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

**Hanya Untuk Pasangan Suami Isteri Sahaja

Ahad, 15 Mei 2011

berat badan naik la....

hadooooiiiiii..mcm mana nie badan dah makin naik nie...smua org dh tegur bdan dah nampak berisi...
maw xnya..aku bile stress ku akan makan..2 dah jadi 1 habit la..klau badan naik 2,comform da preblem..
dan skrang nie tgh ada kat umah lagi la aku jadi gila makan..smua ada depan mata asai rasa sedap men tibai ja...
banyak baju yang xpadan dah nie...kain pon xleh bubuh button dah...huahuahuahuahuahuahuahuahuahua...
nak buat mcm mana nie..aku dah jadi mcm nie..

mungkin serabut pikiaq macam2 masalah..dgn nak dekatfinal exam,nak pikiaq p JM la..hadoii la YA ALLAH tolong la hamba mu yg lemah dan lalai ini YA ALLAH...

aku nie mmg msalah la..xboleh stress langsong,stg mla la nk pkiaq,sampai sakit pala2,then demam......
mcm2 au pikiaq tapi xleh nak luahkan...
jgn sampai ganggu tidor mlm ku sudah la.....

kHasiAt siReh!!

Ada beberapa jenis sireh yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sireh jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sireh cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sireh kuning, dan sireh hitam.
Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.
Efek zat aktif yang dikandung seluruh bahagian tanaman sireh adalah merangsang syaraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sirih memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan antidiare.
Tanaman sireh juga diketahui bisa mengatasi batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengobati luka bakar, mimisan, bisul, mata gatal dan merah, koreng dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, sariawan, menghilangkan bau mulut, jerawat, keputihan, dan mengurangi produksi air susu ibu yang berlebihan.
Untuk obat batuk, sebanyak 15 lembar daun sireh direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu. Obat bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas. Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sireh direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari.
Obat luka bakar, daun segar diperas airnya, ditambah sedikit madu, bubuhkan di tempat yang luka bakar. Mimisan, daun agak muda satu lembar dilumatkan, digulung untuk menyumbat hidung berdarah. Bisul, daun sireh secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, dioleskan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali.
Mengatasi mata gatal dan merah, lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh.
Untuk koreng dan gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, saat hangat dipakai untuk cuci. Menghentikan pendarahan gusi, daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur. Obat sariawan, daun sirih segar sebanyak satu sampai dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, ampasnya dibuang.
Untuk menghilangkan bau mulut, sebanyak dua sampai empat lembar daun diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur. Obat jerawat, tujuh sampai 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian diseduh dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
Obat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, hangat-hangat dipakai untuk mencuci liang kemaluan. Untuk mengurangi produksi ASI yang berlebihan, beberapa lembar daun sirih diolesi minyak kelapa, hangatkan di atas api hingga menjadi layu, hangat-hangat tempelkan di seputar payudara yang bengkak.
Ianya juga Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.
Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
Sifat tabii sireh adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan 10sm. – 15sm. panjang. Sireh sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.
Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sireh Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.
Rasa sireh adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.
Faktor-faktor yang menentukan keenakan sireh adalah jenis sireh itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika.
Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sireh bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.


Lagi kegunaan sireh

Ari-ari Pedih – Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah – Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan – Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat – Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah – Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam – Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas – Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata – Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah – Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing – Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan – Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
– Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kutu Babi – Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) – Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah – Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut – Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin – Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
– Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh – Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi – Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati – Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung – Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala – Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.