Khamis, 29 Mac 2012

saya nak p umrah...


Ya ALLAH sayu hati ini memohon di 1 pertiga malam..memanjat doa kepadaMU...
Memohon agar aku merupakan salah seorang tetamu di jemput bertandang ke rumahMU....

Dalam doa sentiasa ku berdoa agar aku dijemput menjadi tetamuMU dalam usia yang muda nie,dapat ke makam RASULULLAH,hadiahkan Al-fatihah,ucap salam kepada Baginda, berdoa agar aku salah seorang Ummat Nabi MUHAMMAD  yang bakal berdiri di samping Beliau di padang Mahsyar nanti Ya ALLAH,,,dapat beriktikaf di dalam masjidilHARAM,dapat melakukan umrah tanpa halangan..sempurna segala amalan sepanjang aku berada di TANAH SUCI...




Itulah doaku,yang xpernah jemu aku memohon kepadaMU..

Perasaan nak p sesangat nie bertambah teruja lagi bila kak ANN berkongsi pengalaman dia sekeluarga sepanjang dia mengerjakan umrah..

Link blog dia http://greenstrawberryheaven.blogspot.com/


>>Kak ANN nie pon teruja sesangat sampai banayk entry dia update pasai sepanjang dia p UMRAH,,,.

dah siap bisnes kad

Design bisnes kad dah siap....semalam lepa dapat call kompom dpt job OF (Official Fotografi)..terus design bisnes kad,,.sebabnya bisnes kad yg sebelom nie,xdak fotografi just designer ja...

Nie la hasilnya dari aku.....




Yang nie pulak business patner aku punya design..lagi fresh..


>>>So setelah buat rundingan meja bulat,kami berpendapat pilih design dia..sebabnya
Dah ada nama syarikat,SSM...
Nampak simple but penuh isi dan maklumat....

Jadi hal pulak nak g print kt uncle mart 2,dia tutop kedai la pulak ari kamis yg sangat indah nie...baru semangat nk tnjuk bisnes kad baru kt cstemer eden yg dekat PERLIS,wedding ari sabtu nie...

Selasa, 27 Mac 2012

BERBAHAGILAH WAHAI ANAK SULUNG


(copy by iluvislam.com)


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?


Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Biodata penulis :: Nurulhuda Ghazali Merupakan seorang surirumah sepenuh masa berijazah perakaunan.

Ahad, 18 Mac 2012

tips-tips ambik wedding bagi newbie


Kali pertama aku jadi Official Photographer (OP) ialah pada disember taun lepas. Itupun sepupu aku yang mintak tolong, sebab kamera diorang rosak dan aku just suruh ambik gambar biasa je, tak perlu lawa-lawa. dan diorang akan cuci sendiri gambar tu. So disebabkan expectation tak tinggi, aku terus ambik job tersebut. Rezeki jangan ditolak beb..hehe..ada jugak habuannya..

Dalam masa yang sama, aku buat research dan tengok contoh gambar wedding dari otai-otai (joe photo,shaupix,nazri ahmad) dalam bidang tersebut. Bila dah siap shot, aku edit dan upload gambar yang aku ambik di lepas tu tak disangka-sangka ramai kawan aku yang suka dan mintak aku jadi fotografer untuk majlis diorang nanti.(perasannya kau),lepas 2 aku sesaja la tanya akak dekat butik pengantin kat pekan rabu,dia cakap ha akak nak adek tlong jadi fotografer masa cuti sekolah bulan 3 nie boleh??So far 5 orang dah booking dia, cuma aku tak confirm lagi, takut-takut nanti aku xboleh buat sorang2..dah la kelengkapan apa pon xcukop lagi..tapi 31 mac nie ada orang booking pulak..member jugak yang booking..

Apa yang aku perlukan lagi ialah:
1.   Nikon sb-910 Speedlight(kalau dpt yg third paty pon ok dah)
2. Lens(aku sekarang nie pakai kit lens ja) teringat pesanan member krew dslr,dia cakap pakai lens 2 sampai limit dulu,bagi mahir betul2 baru tukar lens baru..
3. Battery grip
4. Memory card 8 gb(dah beli tapi hilang)
5. Cari tempat nak print custom album (xdak area alor setar,dalam pulau ada la)


Then nie tips yang aku dapat dari sorang brother nie,dia nie dah lama jugak la dlm bidang wedding fotografer nie...



Jadi entri kali ni aku nak kongsi tips-tips ambik wedding bagi newbie, aku pun newbie jugak dalam bidang ni, so sama-samalah kita belajar ok?

1. Pengalaman
Ambik wedding kena ada pengalaman. Sebelum aku jadi OP, aku ambik gambar majlis perkahwinan  ahli keluarga  dan kawan-kawan. Cuba “berkawan” dengan OP untuk majlis tersebut dan tengok hasil yang diorang dah ambik. Biasanya diorang akan kongsi tips, jarang aku jumpa fotografer yang sombong.
2. Flash
Flash (external) merupakan aksesori yang wajib bila nak ambik wedding, sebab majlis seperti ini biasanya diadakan di tempat yang tertutup dah kurang cahaya. Pakai flash pun kena ada cara, bukan main direct flash je. Ada masa kena bounce/pantulkan flash ke siling/dinding. Ada masanya pulak kena pakai diffuser, diffuser pulak ada banyak jenis. Entri seterusnya aku akan cerita lebih lanjut tentang teknik flash.(yang nie xdak lagi la)
3. Persediaan
Pastikan gear dalam keadaan yang tip top, bateri dah dicas penuh, dan memori kad dah dikosongkan. Jangan lupa bawa bateri spare dan memori kad tambahan sebagai backup. Pernah sekali aku lupa cas bateri flash, tengah-tengah shot flash tak berfungsi, nasiblah aku “terbawak” bateri spare.
4. Jenis-jenis shot
Seperti yang aku cakap awal tadi, buat research dah cari contoh jenis-jenis shot di internet. Biasanya aku ambik idea dari fotografer luar negara. Kalau tempatan, saiful nang,fuad topa,husin lampoyang,nuzul taufiq dan jadi rujukan. Want to be the best, learn from the best.
5. Tiba awal ke lokasi
Sebaiknya pegi ke venue majlis sehari sebelumnya. Perhati keadaan sekitar, so korang boleh fikir idea awal macam mana nak shot nanti.  Biasanya aku akan bawak kamera, ambik beberapa shot kat pelamin, dan  kenal pasti setting yang aku akan guna untuk esok.
6. Pakaian
Walaupun tu majlis keluarga, kenalah pakai pakaian yang sesuai untuk fotografer. Tak kan nak pakai baju melayu kot..hehe. Sebaiknya pakai t-shirt kaler hitam dan seluar hitam atau jeans gelap, fotografer need to be invisible. Kaler cerah-cerah tidak digalakkan, lagi-lagi kaler pink, HARAM..haha..
7. Interaksi/Komunikasi
Interaksi dan komunikasi sangat penting untuk dapat shot yang korang nak. Seriusly aku masih tak pandai nak suruh pengantin posing, biasanya aku akan suruh ahli keluarga atau pak andam je…hehe. Kalau pengantin tu model atau artis, korang beruntung sangat, sebab bab-bab posing mereka sangat terer.. Lagi satu, korang kena ceria-ceria, jangan terlalu serius. Banyakkan senyum (perkara yang susah aku nak buat), kadang-kadang tu buatlah lawak, bagi pengantin senyum macam ni J
8. Berdua bertiga
Jangan pegi shot sorang, bawaklah kawan sorang dua untuk backup korang. So boleh cover pelbagai shot kat situ. Ada yang ambik wide, ada yang ambik candid pakai telefoto. Yang sorang lagi mungkin boleh shot gambar awek cun..hehe..

9.  Perjalanan majlis
Sebaiknya tanya bakal pengantin tentang “flow” atau aturcara majlis. Boleh plan awal kat mana korang sepatutnya berada, takut nanti terlepas shot yang menarik.
10. Bisnes kad
Manalah tau ada tetamu yang berminat nak ambik korang jadi fotografer. Tak pun boleh bagi kat awek-awek yang ada kat situ.. kihkih..
*****
Itulah sedikit sebanyak tips yang aku kutip dari pengalaman. Kalau diikutkan siapalah aku nak bagi tips, aku cuma kongsi apa yang aku pelajari je dari otai-otai diluar sana. Kalau ada tips lain, korang sangat di alukan untuk berkongsi tips di bahagian komen.
p/s-ada DSLR bukan bermakna kita layak untuk ambik gambar wedding, banyak perkara perlu dipelajari



Isnin, 12 Mac 2012

ujian dari yang ESA tanda cintaNYA pada kita

Ya ALLAH aku memohon petunjuk dari Mu akan penderitaan yang aku tanggung...aku juga berharap imej yang doctor cakap dalam kepala aku tu bukan la tumor @pndarahan beku...mintak jauhkan segala yang kusut di kepala otak nie...

Aku juga berharap andai doctor tu salah dan auta semata-mata..doktor juga manusia yang xtaw apa yang  telah ALLAH catatkan untuk hidup kita di masa akan datang...


Sabarlah wahai diriku,ALLAH sedang menguji tahap keimanan kamu yang xseberapa itu..RASULULLAH mendapat ujian lagi perit dari ini..



 
Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.
Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu kekasihnya dirundum rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun, bagaimana pula caranya Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?
Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini Allah mencintai hambaNya.
Firman Allah :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[al-Ankabut: 2-3]
Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.