Ahad, 30 Oktober 2011

lappy meragam

so so sory ya...cik paripari xleh nak update blog la tuk masa yang terdekat nie my lappy rosak dan kena format balik...arap2 smua nya cepat siap la...terbang lagi la duet aku..

Isnin, 24 Oktober 2011

g jpj arinie..

aktiviti untuk hari nie,cik paripari nak settlekan segala urusan dekat JPJ KEDAH,nak settle kan segala urusan lesen 2..malam bila tah dok godek tengok lesen nie boleh guna lagi la,cik kt website  http://www.myeg.com.my/..
lesen 2 xdak masalh ngn saman apa pon..tapi dah tamat tempoh smpai setahun lebih dah..nk p renew dekat postoffice xboleh la plk,,akak 2 cakap kna p renew dekat JPJ sndri tapi kena bawak 1 keping gmbar ya...arinie nak g settle kan segala..mintak2 xdak pa2 la...leh jadi minah rempit sjati balik la lepas nie...semalam dah buat rayuan...tapi kena tnggu 14 hari plk..lambat rasanya stg jdi len hal plk kan..so sat g nie g dah nie..



USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA..~

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas halal & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~




ok la di mulakan dgn bismillah ,, artikal nie cik paripari dpt kat 1 page 2..cm best ja nasihat dia,2 yang nak share kat sini 2..

Rabu, 19 Oktober 2011

aku akan dikahwinkan...

Assalamualaikum semua,mesti korang terkejutkan dengan tajuk entry kali nie,bukan korang ja yg terkejut insan yang tengah menaip nie pon masih terkasima lagi nie,sampai xleh nak lelapkan mata  nie pagi2 buat buat blog,tapi itulah yang cik paripari nak cerita untuk entry kali nie..


Ya ALLAH apakah nie takdir aku spnjang hidup di dunia pinjamanMU ini.niekah dugaan yang akan Kau uji aku pula..klau perkahwinanlah jalan terbaek untuk aku truskan hidup,aku trima takdir ini,tapi Maha Pencipta,kurniakanlah aku seorang imam yang boleh membimbing aku ke arah jalan redhaMU,mengajar aku erti perjuanagn untuk bekalan akhirat..Nie la hot topic malam nie time majlis tahlil dekat umah pak su aku...Ya Allah xtaw la nk pikaq cmna lagi,adayang siap sruh buat trus ujng taun nie skli ngn cozen aku nk naik plmin ujung taun nie,buat 2 skli..Aku dah cuba untuk membangkang,tok ngn wan aku xstuju ngn aku,depa nk carikan jodoh untuk aku..Aku dah cakap aku nak sambung study lagi biaqlah aku boleh kejar cita-cita aku duluw..tok aku cakap mengaji tinggi2 pon masuk ceruk dapur jugak akhirnya,kalau hang nk menagji sapa nak sarahang,nak harap kat sapa lagi???2 yang menbuatkan aku kelu seribu bahasa,ya la aku dah xdak sapa2 yang nak tlong tamping kewangan aku...nak harap abah,ibu jgn sesekali menaruh harapan yang xpastilah cik paripari oiii...ko kena la sedar diri ko dah buat apa untuk depa???maksu aku cakap pa,mak su dluw zaman hang xmaw study kawen ja senang,maslahnya kau nk study lagi,keja pon xdak lagi,kewangan pon xkukuh lagi,apa pon xdak lagi,jasa abahibu xterbalas lagi,aku dah la kak YONG,banyak tanggungjawab yang aku kena pikul lepas nie,xkan nak harap duet laki ja,wapa sangat dia nk bagi..adek aku ramai lagi yang akan mintak tolong akak depa bila besar nanti..kalau aku melawan nanti jadi cucu derhaka pulak,dah2 la aku buat masalh ngn bhenti kolej dah memalukan keluarga,,,,


Tah la pening,pening,pening pikiaq ujian yang Dia bagi tuk aku hadapi nie....Ya Allah hambamu ynag kerdil lagi hina ini memohon permudahkanlah segala ujian yang Kau berikan ini,andai segala ujian ini dapat mengapus dosa-dosa kecilku,,aku memohon agar Kau berikanlah aku sumber kekuatan hati setabah dan sekuat SUMAIYAH,ZINNIRAH,SITI KHADIJAH, Sesungguhnya aku bukanlah segigih SITI HAJAR yang berlari-lari diantara safa dan marwa.... Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH menanti kekasih dipintu syurga.... Aku akui hakikat yang tersurat... Aku bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH.. Bukan juga AI'SYAH...Bukan juga RABI'TUL ADAWIYYAH wanita suci terpuji.... Kerana aku tidak layak mengharap sediemikian rupa.... Cukupla sekadar hanya aku cuba mencontohi BUNGA-BUNGA itu yang kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga...Agar aku dapat masuk syurgaMU melalui mana-mana pintu sekalipon..

Ya Allah benarkah aku akn berkahwin,sedangkah aku asih belom pernah merasa apa2 perasaan ingin dimiliki,atau memiliki...


Isnin, 17 Oktober 2011

jasa bonda tersayang part II

 Along bersyukur sangat masih punya ibu tempat untuk along merasa sedikit dari kasih sayang yang ALLAH Taala nak sampaikan dekat kita di dunia nie...terima kasih ALLAH kerana telah memberi peluang untuk aku berbakti kepada kedua-dua orang insan yang menjadi “malaikat” untuk mengiringi setiap langkahku di atas muka bumi pinjamanMU ini..aku juga memohon kepadaMu Ya ALLAH Kau berikanlah kesempatan di sepanjang hayat aku untuk terus menyumbang bakti untuk mereka Ya Allah dari segala segi..terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku seorang malaikat yang bergelar IBU walaupon berkongsi kasih itu tanda Kau sayang kepadaku dan menguji tahap kesabaran setiap hambaMU yang kerdil di sisiMU ALLAH...aku adalah insan yang teramat beruntung ALLAH..




Ustaz kazim elias ada berkata :


“kasih dan sayang antara suami isteri akan berakhir dgn CERAI jugak,TAPI ingatlah kasih sayang mak xkan terpisah dgn cerai walaupon anak tu buat jahat,mak akan tetap terima jugak,sebab dia KASIH kita,dia SAYANG kita”...buat lah jahat mana pon mak akan tetap terima baik buruk anak dia,sebab dia yang dok kendong kita 9 bulan 10 hari,p mana2 dia bersama kita.



kisah ini di ambik dari sebauh laman web...untuk tatapan semua,baca dan ambilah seberapa banyak iktibar untuk memperbaiki diri agar memjadi lebih terbaek....unutk diri saya juga,agar xmudah lalai dlm dunia sementara ini

-Selamat Tinggal Ibu-

“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

<3bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa♥♥















Ahad, 16 Oktober 2011

nikmat ALLAH



Begitu juga dengan segala telah ALLAH catatkan sejak di LOH MAHFUZ..siapa jodoh kita,bila ajal kita,dimana tercatat rezeki kita,bila maut menjemput kita,bila pertemuan kita....Cuma kita ja sering xredha dgn segala ketentuan ALLAH berikan..muhabsabah diri aku supaya belajar REDHO dgn ketentuanNYA,terima qada’ dan qadar hidup ini..kalau 1 nikmat DIA tarik mungkin kerana kita xpenah nak bersyukur dgn anugerah dariNYA,tapi Dia gantikan denagn nikmat yang lain,iaitu IMAN,ISLAM,AKIDAH..

jasa bonda tersayang

YA ALLAH di harap aku bukan tergolong dlm golongan yang menghuni nerakaMU...yang tersenarai sebagai anak derhaka...


ALONG SAYANG UMMI...hidup along akan sunyi tanpa ummi...ampun segala dosa along sama ada yang along sedar atau x..... 



Jumaat, 14 Oktober 2011

10 nasihat untuk orang bercinta....

Wahai sahabat seakidahku.. Dengarlah pesananku ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

menghina ISLAM...

BENJAMIN STEPHEN...Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak. Bukan sedikit ilmu agamanya. Tetapi hari ini, anak muda ini dahulunya dikenali sebagai BADRUL HISYAM, telah murtad dan menjadi pendakwah Kristian. Keterangan yang amat memeranjatkan dari anak muda ini adalah sebahagian besar orang melayu iaitu sebanyak 10,000 telah dimurtadkan olehnya dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa.
http://www.youtube.com/watch?v=_WMGkmNvMFk&feature=related








semua beliau mendapat hidayah ke jalan ALLAH semula...memang sungguh terpesong  dia nie dari fakta bodoh dia bagi tu...
First tengok tadi mmg sakit hatinya,ada jugak manusia macam 2...

semoga ALLAH memberi ganjaran atas perbuatanmu wahai manusia yang BODOH...



tapi ce tengok video nie pilak...ALHAMDULILAHH dia dah nampak sinar ISLAM..




Khamis, 13 Oktober 2011

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.

subhanallah ~ a n i s