Ahad, 27 Mac 2011

iBu kasehMu hanya uNTukku...

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Tetiba ja rasa mcm nak update blog nie....dan tiba2 jgk prasan rindu datang menyapa driku ini..
terbayang wajah ibu yang along rindu sgt...t'bayang wajah abah yang sekarang nie tengah bad mood dgn aku...sory ibu ngn abah along rasa rindu sgt...mengapa di kala ini ianya datang sapa ku...Ya Allah kau lenyapkanlah prsaan ini..buat sketika...mana mngkin ibu aku akan terbang datang dekat padaku dan memelukku..xkan pernah mngkin..abah bad mood ngn aku sebab aku merajuk dgn dia p ambik aku lewat...tgok2 dia plk yg t'feeling lebeh...tah pa2 la abah,....sensetive betoi la sekarang nie..



dah pukoi 2 lebih nie..mata xleh nak pejam lagi...nak buat cmna nie....
kemarin keluar ngn member p men bowling..mmg best la...g tasek darul aman..


Khamis, 17 Mac 2011

rinDu saAt berSama ibUku dan aBahku.....Full fAMILY in Full HOUse


  Assalamualaikum,,pa kabar??????arinie baru nak jengok rumah yang dah bersawang nie...tiba-tiba aku rasa cam nak cita pasai rindu kat ibu ngn abh aku,maklum la mnggu nie mlas nk balik..dok lepak kt hstel ja..aku nak tujukan sajak nie tuk abah ngn ibu yang naku sayangi dan cintai seumur hidupku..


ibunda tersayang


abahku sayang

Ibu Abah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian
Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik aku anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan abah ibu
 happpy belated besday ibuku sayang

Ibu Abah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anakmu ini
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan
Abah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu abah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih abah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia abah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya abah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan anakmu ini...


along sayang abah ngn ibu tapi apa kan daya xkan kita nak tolak takdir yang Maha Kuasa dah tetapkan...semoga di akhirat sana kita akan berhimpun kembali..
Kini baru along taw betapa bertuahnya diri along sebab
1 ) orang laen xdak ayah ngn mak banyak mcm alg
(walaupun kasih sayng dri ibu ngn abh alg xdapat)
2)along lebih beruntung dari anak2 yatim piatu sebab ada org jgk yg ambik taw psai hidup along
3)along ada tok yang sayang dekat along..
(walaupon abah ngn ibu xambik taw pasai pon along bersyukur ada tok yang sayang dkt along)
sejarah pahit nie semua berlaku along umur 7 tahun..time tu along xtaw pa pon lagi....ibu bawak along p makhamah pon along xtaw lagi tempat apa tu...tapi ibu xbagi along masok,just dok dalam keta..
dah semua tu jadi,along pon dh lari,xmaw dok ngn ibu..time 2 ibu seorang yang sgt tegas,maklum la along xtaw pa lagi...cakap ibu marah la..lanie baru along taw kenapa ibu marah2 duluw suruh along study jgn main2...sampai ibu ttop tb xbgi tgok along nangis p umah tok su mengadu kat dia(sebelah umah ja)..
rupanya ibu xmaw along jdi bdak bodoh..hanya pelajaran yang menjamin masa depan kita...aku lah yang bodoh xpkiaq lansung apa yang ibu pikiaq sdangkan dia lebih mkn gram mcmmana rasanya hidup tanpa abah ngn mak nie..parents xambik taw lansung..dia pon mnasib mcm aku jgk....parent bercerai(wan aku nie dpa ckap org yg kedekut)..tok aku xtahan ngn prngai dia....terkapai-kapai la ibu aku ngn pakngah aku time tu..ksian dekat depa....tapi xpa la yang lepas biarkan lepas...'life must go on'
walaupon kenangan silam kita patih.pengalaman lepas mengajar kita lebih dewasa betoi dak...aku duluw boleh di ketegorikan sbgai budak nakai jgk la,lepas ibu ngn abh aku cerai,xleh terima knyataan yg aku dah xdak depa di samping aku..aku ponteng sekolah,aku tipu abh aku yg aku p sklah,tapi aku lepak dekat mall....
lepas tu abah kau dapat taw...balik tu mmg dia mgamuk abis la..xpenah aku tgok dia mgamuk smpai mcm 2 skali lagi(sblom 2 dia dh penah tunjuk belang dh)...
aku takut jugak,tapi aku bangun maki dia balik...cakap knapa abh buat hidup along jadi smpai mcm nie....along benci nk hidup lagi..


along benci abah,along benci ibu....macam2 bermain kat fikiran aku nie...
sampai 1 tahap tu,,aku rasa mcm nak bnuh diri pon ada(menyesai punya pasai)
nasib baek sempat sedar balik....aku xleh nk lawan semua ketentuan Allah nie.....

tapi kan besday ibu dah lepas bukan along xmaw wish..along rasa sebak nak nangis,rindu pelukan ibu yang dah lama along xrasa dari ibu,belaian ibu yang xmungkin along akan dapat lagi..along nak balik semua tu....bukan sekadar sambut slam yang dihulurkan dan along menyambutnya....along rindu ibu ngn abh along yang memberikan sepenuh kaseh dan sayang kepada along....tapi memang xkan mungkin along akan dapat balik....
tak pernah sedetik pon rasa di hati melupakan abah dgn ibu...tapi apa daya along..
Tapi along akan usahakan..azam along untuk melihat kebahagian untuk kita semua kembali pulang...
Along sayang abah dgn ibu selamanya.....
xkan pernah along lupa....
ok la dok jiwang karat la plk,mlm2 nie....smpai nangis2 dah nie....
nanti jumpa lagi dkt N3 lain...byeee,,,
sory terjiwang karat la....hahhahahahah

Khamis, 10 Mac 2011

Tenung dan Renung dan Menung...

As'salam pa kabar????lama nya xjenguk rumah aku nie....huhuhuhuh
sekarang tgh sibuk design cover novel plk after cover dalam majalah..aku buat cerita pasai tips cipta saat romantis dgn koleksi resepi al maklum la mmg minat msak punya pasai...
after tu kena design cover novel plk..hishhhhhh dah melalut aku nie,N3 kali nie aku ada terbaca artikal pasai wanita di senangi lelaki...maklum la baru balik dari kursus kahwen ja,dekat Pusat Dakwah Alor Setar,26-27/3/2011 aritu...
nie antara tips yang aku jumpa la...
sja nak kongsikan tuk semua..



Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)



01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.


03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.


05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.





dah duluw la stkat nie....
sibuk sikit la...lain kali jumpa lagi...
renung-renungkan dan selmat beramal..

Khamis, 3 Mac 2011

Design,design dan designer a.k.a perosak....

Assalamualaikum semua...apa kabar semua???????saya kat sini sihat ja...tapi fening-fening sikit la..sebab kerja men'design' xpenah nak kata abis...dah siap 1 mai lagi 2,3......
antara yang aku dh siap design 
design cover majalah depan belakang la..aku pilih tema pengantin la.. 

xla secantik mana pon..budak baru belajar la ktakan..nie guna adobe illustrator..
tetiba ja teringat sm lepas aktiviti kami setiap malam...behimpun ramai2 makan megi..tak dak pa nak mkn malam2 mklumlah dok hostel... 

 teringat zaman nie..

aku jugak sekarang nie tengah usaha untuk himpun duet nak kawen la katakan...hahahaahhahaha
perepek ja pon..xdak la nak beli DSLR la....naklum la nak jadi designer nie xlengkap la pekej xdak bendalah nie... 


 nikon D3100
memang minat gila dah nie..naseb duet ja xdak lagi..sekarang nie alergik la kalau jumpa kedai kamera mesti masok punya...xleh beli  keja p servey dari Parit Buntar sampai Komtar aku servey lepas tu balik Alor Setar pon p tengok jgk...memang xboleh la...huuhuhuhuhuhuh
ok la cau duluw..banyak lagi keja nak kena design muka dalam majalah  pulak..bye jumpa lagi