Sabtu, 30 April 2011

selamat ari pekerja ya!!Holiday tiMe.......

Ya Allah ety rasa appy sgt.....sebab nya dh balik umah walaupun member yg len dh start sem holiday xpa la ety mmg lambat lagi pon..yg ke2 appy sebab leh lepas gian nak masak kat dpur 2,,smlm supper buat popia mini sira..sedap la...dlm koi 1 lebih baru tido..layan novel duluw slbm tdoo..kemarin sepetang kami warga kampung alor setol(kg aku) ada buat hari sukaneka kat kg nie,macam aktiviti ada..then malam ada karok..mlm nie ada wayang kulit plk..start ari khamis mlm jumaat lepas smpai mlm nie last...mmg mriah la..org pnya la ramai...happening la...dan kat sini aku nak ucapkan selamat hari pekerja kt smua insan yg bergelar pekerjatermasok suri rumah,klau xdak surirumah pakai semak la rumah,mcm tongkang pecah la....huhuhuhuhuhuhuhu.......tema tahun nie apa tah...xingat la..pekejra menjana tranformasi negara kot..luap la sory kalau silap..."__"....then aku nak ucapkan tahnian kepada artis kita yang baru lepas birth tu..yahniah sazzy falak dpt twin iman lily ngn tiara rose...kepada rita rudaini pon da dapat anak kedua Airit Rafqa Arjuna dan maizawti (x akhill hayy) dapat baby boy Muhammad Qhabel Izz Qhushairy anak ke7 pada maiza dan baby first pada yassin..tahniah semua......

huhuhuhu tah pa2 la aku nie...ari nie aku nak masak ka nak hamg out ngn member aku...lepak ramai2...

Jumaat, 29 April 2011

dah sampai umah,letihnya..

assalamualaikum,ada orang x kan rumah nie???huhuhu...badan pon dah segar nie bru lepas mandy solat dah kan,,nie nak buat sambungan dari entry sblom nie aku da cita pasai  nak  balik alor setar kan....suka untuk sya umum kan yang saya dah sampai umah....suka tersangat-sangat....heee,tah papa la ko nie ety gedik smcam ja,kena miang ulat bulu ka pa nie...

abah aku p ambik dekat ILP tadi dlm koi 11 pagi lepas 2 kitorg singgah masok ECONSAVE Nibong Tebal,lepas 2 bukan balik alor setar terus singgah dan b'kelah dkt rumah tok chik aku dkt penjara baru pulau pinang belakang supermarket nie ja....sampi sana,masak nasi,aku jadi chef la arini..aku msak simple ja,nak lepas gian xleh nk masak pnya pasaikan,maklum la dok hostel...mkn megi tiap hari..

abah aku solat jumaat dekat masjid penjara 2,lepak2 sat makan kueh..kitorg siap la nak balik,jem teruk jgk la lepas tol juru 2,abah aku ambik trun tol gurun..pelik jugak la...(aku pikiaq)dia nie msti ada plan lain lagi nie..
sungguh dah dia nak jalan2 tengok sawh padi yg hijau xsesak mcm lalu kat highway,panas ja bahang smpai dlm keta..dia singgah gerai tepi jalan beli nira nipah,aku rasa sikit xsadap pon,nak t'muntah ada la,jumpa kedai jagung bakar singgah beli jagung...lepas 2 abah aku kata nak balik pon awai lagi,bukan buat pa pon kalau dok umah..lepas 2 kami p lepak kat pantai murni,pekena laksa beras(xbest
sgt kuah dia xpekat,laksa dia sedap la) maw xnya 1st time rasa kot laksa beras....

dah dekat nak magrib kitorg gerak balik alor setar sampai umah abh aku dan la solat magrib dok rehat2 sambil tengok laporan psai perkahwinan putera William  ngn Kate kt ntv7..punya la beduyun manusia yang buat perarakan nak sambut diorg,.baru ja sampai kat kampung tercinta..

k la nak tido duluw la,badan letih kott...bye luv u all

Rabu, 27 April 2011

xsabarnya nak balik aLor SeTar......

Ya Allah...xsabar rasanya nak balik umah......2 my babah cikgu abu yg sentiasa minat lagu ckgu abu..cikgu ayu(kumpulan khalifah)..dia suka ubah lirik lagu cikgu ayu jadi cikgu abu..abah,abah...asai msok keta ja..lagu kmplan khalifah la dok pasang dlm keta...aku dh jemu dgr lgu 2..dia steady la......oops!! kembali kita ke alam yang nyata...abah hari jumaat nie mai ambik along awai taw...along xsuka dok sini lama2 lagi...rasa macam sesak dada dok sini...keliling aku hampir 60% kat sini india mana nak tahan dowh....mati kering la wa klau mcm nie...naseb la ari jamaat nie ada program kt sini boleh berambus dari sini cepat sikit..
ok la..cau duluw nak mandi la..jab lagi nak p surau....jmpa lagi...

kerja design baju korp0rat dah siap...

hahahahahhahaha...yes,yes,yes..kerja aku dah sattle...design baju korporat untuk ilp dan JTM....semua nya dah siap,,cuma tunggu nak buat presention ja...

leganya 1 beban dah siap...tapi final projek dah menyusul...sakit otak pikiaq nak cari idea lagi...untuk konsep majalah 2...

semoga kita semua sahut cabaran menyiapkan projek yang gempak kali nie....bye...besok jumpa lagi..

Selasa, 26 April 2011

kawen ok ka?????

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

untuk pering@TAN P@D@ AKU JGK

Orng kata aku lahir dari perut............emak
bila dahaga,yang susu kn aku.................emak
bila lapar,yang suapkn aku...........emak
bila keseorangan,yang setiasa menemani aku......emak
kata emak,perkataan pertama aku sebut.....emak
bila bagun tidur yang aku cari..........emak
bila nangis,orang pertama yang dtang............emak
bila nk bermanja aku dekati ..............emak
bila nk bergesel,aku duduk sebelah...............emak
bila sedih,yang boleh memujukku hanya .......emak
bila nakal,yang memarahi aku.........emak
bila merajuk,yang memujukku hanya.........emak
bila melakukan kesalahan,,yang paling cepat marah....emak
bila takut,yang tenangkn aku ....emak
bila nk peluk,yang aku suka aku peluk........emak

aku selalu teringatkan.....emak
bila sedih aku telifon........emak
bila seronok orang pertama yg aku bagi tahu........emak
bila bengang,aku suka luah pada........emak
bila takut aku selalu panggil.................eeeemmmmaaaaaaaaaaaaaaaak
bila sakit,orang yang paling risau adalh .............emak
bila nk exam,orang palling sibuk........emak
bila ada masaalah,yang paling risau.......emak

yang masih peluk dn cium aku sampai hari ini...emak
yang selalu masak-masakkan kegemaran aku.....emak
yang selalu simpan dn kemaskn barang ku.........emak
yang selalu puji aku................................emak
yang selalu nasihatkn aku.........................emak
bila nk kawin orang pertama aku tunjuk dn rujuk pada.........emak

aku ada pasangan hidup sendiri
bila seronok,aku cari pasagan ku
bila sedih,aku cari.....emak
bila berjaya aku ceerita pada pasangan ku
bila gagal,aku cerita pada.......emak
bila bahagia,aku peluk erat pasangan ku
bila berduka,aku peluk erat..........emakku
bila nk bercuti,aku bawa pasangan ku
bila sibuk aku hantar ank ke rumah.......emak
bila sambut hari ibu,aku cuma dapat ucapkan selamat hari,,iiiiiiiibu
bila,bila,,aku telifon pasangan ku
tapi entah bila,aku akn telifon.......emak

RENUNGKAN<<<

dulu emak kata "kalau kamu sudah habis belajar dan sudah berkerja....bolehkah kamu kirimkan wang untuk emak"?
emak bukan nk banyak....lima puluh ringgit sebulan pn cukup lh"

berderai air mata bila teringatkn ....emak

ingatlh pergorbanan ...emak
ingat lagi pergorbanan mak menyiapkn saye ke sekolah,awal pagi lagi emak dah bangun siapkan sarapan dn bekalan nasi goreng kegemaran saye ke sekolah.Tak pernah emak merungut penat atau letih sepanjang emak menjaga saye.kemudian emak menhantar saye,menaiki basikal ke tempat menunggu bas ke sekolah.itu lh tugas rutin emak,tak pernah jemu,tak pernah mengeluh,demi memastikan anak nya dapt
ke sekolah...

emak sentiasa cuba memenuhi setiap permintaan saye walaupun sebenarnya emak tk mampu memenuhi semuanya.emak tak pernah mengharapkan balasan wang ringgit dari ku.

sering kali aku teringatkn emak...lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan dari emak..jasa dan pergorbanan mak sangat besar dan tak dapat d nilai dgn wang ringgit,malahan nyawa kita sendiri sekali pn.setiap seorang dari kita pasti akan melalui detik ini,detik kehilangan ibu yang paling kita sayangi((kecuali kita yang pergi dulu dari emak))).oleh itu bagi yang masih mempunyai emak ..hargailh jasanya,beri penghormatan pdanya,,dn yang paling penting sentiasa lh ziarahi emak kita walau d mane kita berada,
kehadiran kita sebagai ank disisi emak,adalh saat yang paling di nanti-nantikn bagi insan yang bernama""emak""mereka tidak menharapkan wang ringgit,tapi yang penting perhatian dan belaian kasih sayang dari ank-ank yang emak telah belai masa kita kecil dulu.Jangan lh sekali-kali menyakiti hati emak kerana kesan nya akan dapat kita rasai apabila emak telah tiada nanti,ketika itu menangis airmata darah sekali pun dah tk berguna lagi,Kepada mak dn ayah yang telah kembali kerahmatullah-A_FATIHAH untuk mereka,semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan d tempatkn bersama..orang-orang yang beriman,,AMINNNNNNNN

Isnin, 25 April 2011

bila hati dah kecewa..mood pon xdak nie..

bila aku ah down sgt2..aku rsa lagu nie menaikkan semangat kita balik

 Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

 aku tension la...banyak benda xsattle lagi..tapi dh dapat job baru..huaahuahuahuahuahuhua..
xlarat nak balik tido,goyang kaki xpyah pening2 pkiaq pasai dunia luar..

wanita ini,apakah ini yang di maksudkan cinta????

Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.
Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.
Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini.  Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan.  Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…
Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.
Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?
Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.
Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan  berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira.  Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.
Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.
Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.
Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!
Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.
Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.
Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?
Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”
Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.
Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.
Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?
Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!
Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.
Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.
Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.
Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah  apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.
Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya  yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah  menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.
Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!
Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.
Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.
Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.
Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri  dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula  aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.
Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.
Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?

phoTosh00t time...i NeeD dSLr

assalamualaikum tadi entry pasai final projek kan...
yess...baru dpt tadi masih segar dari ladang kot..
projek final kali nie, kena buat by group...group aku ada la 5 orang,syukur semua melayu xdak mix ngn student india sama..
apa yang kita orang kena buat ialah
  1. buat lakaran kasar duluw
  2. cari konsep yang bersesuaian
  3. the important part is photosh00t (i need dslr now!!)
saya nak DSLR secepat mungkin,sebelum nie mmg dh plan nak beli...tengah proses himpun duet...
saya perlukan dslr untuk final projek saya.
dapat nikon d3100 pon ok la tapi kalau nikon d5000 lagi cun!!!

ambik dari cik google

 then the final job is...siapkan sebuah majalah yang mempunyai tidak kurang dan lebih dari 18 muka surat..ada paham... deadline dia belom cakap lagi bila..tapi untuk minngu nie siapkan lakaran duluw..

pasai photosh00t 2 kitaorg  plan nak buat area luar dari sini..xtaw la klau boleh la..masalah aku sekarang nie ialah...aku ja xdak DSLR...
ada sapa2 nak tolong bagi idea nak buat camna?????or nak tlong belikan..hhuhuhuhuhu
merapu ja aku nie,,xdak sapa nak bagi free kat ko la mangkok...
ok la...nak buat prepareration nie jab lagi nak cauntdown besday my kaka norhasyima...
apy besday tu you hunny bunny.....luv u all,,bsk kalu xsebuak aku update lagi...

aktiviti arinie dan final projek...

arinie msok kuliah macam biasa la...xdak pa pon yang best..
pagi tadi ada ceramah agama bulanan dekat dewan auoditorium..


dan arinie jgk dapat assigment baru...final projek yapp...
letih kot...nak kna design sebuah majalah....dri cover smpai dalaman sampai klit blkang..


k la...nak balik dah nie....bsk jmpa lagi..bye...luv u semua...

Ahad, 24 April 2011

kITa waHai WaNita DoaMu utk BakaL sUami

 
Ya Rabbi, Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi bagian dari hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.

Seorang lelaki yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia- sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekedar otak yang cerdas.

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasehati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi karena hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.

Seorang lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.

Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.

Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata- kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan “Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.

Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

kaSut bArU..bolEH?????

entry kali nie khas di tujukan tuk ibu ku,,,along nak mintak sponser beli kasut crocodile boleh??????
boleh la...huhuhuhuuhuuuhu....smpena besday taun nie ka wish tahniah dpt JM xpon saja2 nak belanja along ka..

sumber dri google..
tapi along nak colour lain la,sebab colour puteh nie kan dah ada.....colour dark pink or brown ka...
thank ya ibu ku...

entry lepas nie update pasai sekitar majlis pertandingan pidato dan forum...gambar xdak lagi la...ada dalam kamera bob,xbagi-bagi lagi,jangan jadi arwah sudah la gambar2 tu..

siapAKan inSan yANg di Gelar keSaTriA paDang PaSir????

tetiba rasa macam rasa nak cita pasai SalahuDDin al ayubi...penanagn dari video ustaz Fitri time ceramah tadi kott...

nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

 patung salahuddin al-ayubi di Damsyik

Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Kristian Katolik dan juga kepada tentera salib Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.
Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

makam salahuddin al-ayubi berderkatan dgn masjid Ummaiyyah,Damsyik,Syria
yang kiri sekali tu azura,tengah nie min nose,aku yang paling kanan..

nie gambar sampingan ja..huhuhuhu...tgok dlm laptop ada gmbar nie masokan ja la
nie masa ari pertandingan forum aritu....

Sabtu, 23 April 2011

rindUNya dkT AbAh & iBu...lUv U alL

ANAK adalah CAHAYAMATA
Curahkan kasih sayang padanya
Guru hanya dapat berkata
IBU dan ABAH orang yang utama 
dalam hidup anak.


Kasih sayang ibu dan abah tidak boleh dijual beli
Apa yang penting PERASAAN,RASA dan 
SIKAP DIRI.................
Cukuplah sekadar 10 minit, 20 minit, 30 minit dalam sehari
Tentu tak sukar untuk IBU dan ABAH memberi.


KASIH SAYANG membina maruah dirinya
PENGALAMAN dan PELAJARAN
Menperkayakan hidupnya
Berilah peluang dia belajar
Dia MENEROKA
Dia MENCUBA dan BERUSAHA
Tugas ibu dan abah MEMBIMBING,MERANGSANG sentiasa

Peluk cium pujilah dia
Walaupun GAGAL tetapi mencuba
DIA ADALAH DIA
Tidak perlu dibeza-beza 
dengan anak-anak yang lain

with my cozen

Jika anak melakukan kesalahan
Apa yang perlu ialah KEFAHAMAN
TEGUR dia dengan TEGAS
Tetapi dengan Sayang
Tentu ini merupakan PERANGSANG
utnuk dia bangkit semula dari kesilapan 

Anak adalah pemberian ALLAH YANG MAHA AGUNG
Jasa kita padanya tidak perlu BALASAN
Apa yang penting DEWASA
Dia menjadi INSAN MULIA

MEMBESAR dan MENDIDIK penuh cabaran
Perlu usaha serta kesabaran
kerana SECECAH CAHAYAdimalam yang gelap 
umpama
Bintang di kala malam yang hujan
Sama ertinya.....
SETITIS EMBUN DI GUNUNG SAHARA.

Isnin, 18 April 2011

kuPu-KuPu sYurGa

ANAK ITU KUPU-KUPU SYURGA

Waris Al-Juffry

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Selasa, 12 April 2011

untuk ReNungAn

Buat renungan bersama..

Sebelum Tidur:
6 minggu: Selamat tidur Sayaaang, mimpi indah-indah ya, mmmuach, luv U.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tidur kalau tak mengepit tak boleh ker…panas???!

Pakai Tandas:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah Gunung Ledang sana!!!

Pakai kereta:
6 minggu: Yaang nak kemana, nanti abang hantar.
6 bulan: Haa lambat betul tunggu awak ni….lembab…SMS je
6 tahun: Awak nak bas aje lah…..

Balas SMS:
6 minggu: Hi Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: Asyik top-up je.. (TAK PERLU JAWAP DAN HANTAR, JIMAT)

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...maaauch
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Penatlah….

Sampai rumah:
6 minggu: Sayaaang, anggun betul…cun.
6 bulan : Dah habis duit makeup ke?
6 tahun : Soleklah…. Pakai yang senonoh sikit, ta ada baju lain ke?

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Minggu yg sEsAk Pala

Assalamualaikum semua..Apa kabar?????lama jgk xbalik umah nie....bersawang dh klau tgok btoi2..huuhuhu..first sekali aku nak ucapkan tahniah tuk semua krew2 yg menjayaan program ari ahad lepas...nie 3 dara pinggilat berjubah ayu..aku sakit otak nie...tengah srabut pala...dalam tengah hati membuak2 nak abis dah study...ari ahad lepas nie ada majlis pertandingan dan forum kt tempai aku study...mak sdara aku call cakap result p interview taun lepas tuk JM dapat dh...aku dapat JM.....pnya la tkjut..aku xharap lansung pon akan dapat,setakat  interview bdoh2 ja...aku jawab pon main2 ja..aku dah ada plan len sebenarnya..


1)lepas abis study buat praktikal 3 blan
2)lepas tu nak ambik kursus fotografi
3)nak buat fotoshot ngn member aku

tengok2 ALLAH telah mengetahui pa yang Dia rancang...sekarang ati aku tengah berbelah bagi nak p ka x nie...
aku pon pening nak pilih...sedangkan aku dh bersemangat nak ceburi bidang grafik nie...tengok2 camni plk jadinya...tah la aku pon xtaw nk cakap pa...
mana satu nak pilih nie
  1. grafik desinger
  2. jururawat masyarakat...
aku bukan ada mood nak study dah nie...yang aku taw sekarang nak keja,nak keja...himpun duet beli DSLR....

sakit otak pikiaq nie..


mesti kat kampung dah heboh..aku nie bukan apa.ksian dkt tok aku tu...dia bkan bgi aku study dh...nk tngok aku dok dpan mta dia ja lpas bulan 6 nie....dia siap swuh buat praktikal kat Alor Star ja...xleh buat jauh2..aku da tnya dia nak smbug bljar lagi lpas nie bleh dak...dia ckap pa xpyah la...ckop la ngaji..aku plk bkan ada mood dh nk ngaji2 nie...dlm pala otak nie dh set nk keja ja..lpas 2,enjoy2 p kmbara,p cti2 mlysia tgok alam ciptaan ALLAH yang luas terbntang nie,,dan hargai masa terluang aku dh kamera kesayangan...msti best sgt...dh siap ada dlm pala nie... 



aku pon xtaw nk cakap yang mana aku nak pilih..belom ada jawapan yang pasti...tunggu dan berserah ja la...


aku sakit bila pikiaq benda nie...xpikiaq org ckap aku xambik taw..
bila pkiaq darah tnggi nek plak...k la...
aku nak out dluw la...nnti bila ada masa lagi...aku update lain...

Khamis, 7 April 2011

happy go lucky..happy besday 2 me and iman mawarda...




Assalamualaikum...pa kabar?????first of all...saya nak ucapkan appy besday 2 me,apy besday 2 me..apy besda tu ety....
5 April 1992 merupakan hari kegembiraan bagi family Abu Hussein dan Rajillah...Ibu yang aku cintai selamat melahirkan aku pada 9.40 malam...di Hospital Besar Alor Setar...dan di beri nama Siti Hazwanie bt Abu Hussein....dan pada tahun 2011 genap la usia aku 19 tahun idup di muka bumi pinjaman Allah yang hanya sementara ini...terima kaseh Ya Allah kau tiupkan roh ke dalam jasad ku..tuk melihat ciptaan-MU...


 zaman kecik ku...
ce cari yang mana...
(2 yg pakai baju kuning,bedak penuh muka)

di usia 19 tahun...huuhuuhu...

Pada 5 April 2011 juga hari paling happy...


sebab aku dapat anak buah baru sama besday ngn aku....sukanya...time balik umah cti mid sem lepas aku ada keluar cari baju tuk baby......igtkan nk kluar lambat lagi...


yeesss...dapat ank buah baru..anak kak ikin,,ayah angkat aku punya ank la...Ayah mie dh dpat cucu..dapat baby girl...nama di beri ialah..NUR IMAN MAWARDA




NUR IMAN MAWARDA
 
balik cepat sikit taw,,acik wani nk gomoi puas2 biar nangis....

boring gila la...weekend nie xleh nak balik ada program.ada pertandingan forum..
weekeng minggu depan la plk nak balik kg pon...minggu nie pa nak buat ya??????
jawapan yg tepat ialah melengkar dlm bilik la..buat taik mata puas2...
k la leh kali kau update blog nie len nohh....wassalam.....


Ahad, 3 April 2011

mId-seM hoLiDay..macam-macam aktiviti aku buat.






Assalamualaikum pa kabar??????????lama xjnguk sejak balik cti sem xingat pa dah la,hurreeeeyyy apa x nya..im back for far away journey..Dah start cti mid-sem pon..minggu lepas la 1 week ja...rasa cm xpuas lagi dok umah keluar ngn my prend enjoy gila kot....mmg best sgt2...keluar men bowling ngn mber2...sepetang jgk la...ehhh ptg ka smpai koi 8 sengah mlm bru smpai umah....huhuhuhuhu...malam sebelom tido punya la paln besok nak p cari pempat praktikal...keluar p lepak kat tasek darul aman..

kalau berpacaran(huhuhu)
gedik siii

suasana petang yang hening...kalau weekend lagi ramai..
boleh jogging,kayak,riadah ptg2...the good choice

memang xdok saja kat umah la...ha kita sambung pasai nak cari tempat praktikal...sebenarnya aku xcari sgt pon..p jalan2 keliling alor star banyak la...aku da p dkt gromex grafik..dia xbagi respon lagi,member abah aku pon p tanya jgk...ada sapa taw tempat buat praktikal area alor etar dak??????course graphic designer...
aku dok umah sepanjang cuti aritu tukar profesion la ya...ok cepat bertukar...dan aku bertukar hjadi seorang chef dekat umah aku...huhuhuhu...
aku masak macam2 jgk la...nie antara yang aku buat bawak mai belajar
kueh kosui home made tu...resepi mak aku
1) 1 cawan tepun gandum
2)2 cawan tepung beras     
3)6 cawan ayer daun pandan
4)pewarna hijau pandan      
5)garam dan gula secukup rasa
6)periuk pengukus dan loyang
dan nie la hasilnya....taraaaaaa....
lepas tu aku buat begedil daging..boleh la tahan first time baut kot,,,menjadi la jgk...xmengecewakan la..
bahan buat bergedil ialah:
1) ubi kentang
2) daging hancur
3) bawang goreng
4)daun sup
5) lada sulah
6)telur ayam
7)tepung jagung
8)garam dan gula secukup rasa


dan aku jugak masak nasi  impit buat sendiri kot...jimat la sikit...bajet just untuk beli kacang tanah ja la..
nasi impit nie..
1)beras(cuci dan toskan)
2) plastik(untuk isi beras)
isi beras separuh plastik ja...nasi akan kembang

kuah kacang snang sgt ja...
1)kacang blend
2) cabai kering
3)gula dan garam

wah sedap la....aku masak macam2 nie bukan apa...maklum la dok hostel nie bkannya ada pa.....dah la dikelilingi penduduk bombay nie...nak makan pon uhmmm pakcik DM tu masak macam nak jamu anjing ngn kucing makan lagi...lama sgt dah aku xjejak kaki ke DM tu..xpala sabar ja la...xlama dah 3 bulan ja lagi...benda nie la yang jadi teman sejati aku setiap hari
antara stok aku kat hostel nie
tok aku dh hangin la aku qeja makan bendalah nie..
k la tgh study nie...cik ada dkt blkang nie...cri masa skit...bye..len kali jumpa lagi...