Isnin, 24 Jun 2013

Trip To Hadyai



6/6/2013 trip to hadyai plan yang tak dirancang..3 ari sebelom nk p,dok tengah sembang ngn housemate cuti israk mikraj xnak jalan ka...terlintas la H.A.D.Y.A.I. ....apa lagi besok tu terus pi anak bukit (pejabat imigresen) untuk buat border pass disebabkan cik nie anak jati KEDAHAN,negeri yang bersempadan dengan Siam tak payah pakai passport nak p sana tu ja kelebihan untuk negeri yang bersempadan T.H.A.I.L.A.N.D...

Dalam pukul 11 pgi kami bertiga keluar dari rumah,singgah pekan Changlun tukar duit dulu..


setiap sorang tukar rm 200 >> 1,970 bath


sampai dekat Bukit Kayu Hitam sejam kemudian..urusan cop border mengambil masa sikit disebabkan hari tu cuti umum..ramai jugak orang kita nak masuk Siam.Siap clearance kereta(macam insurans kereta la) unutk warga Malaysia yang nak bawak masuk kereta..
















Setelah semua dokumen dah settle perjalanan di teruskan ke pekan Hadyai..


 Dari hadyai kami nak tut-tut untuk ke ice dome






Yang nie ice dome hadyai..nak masuk nie untuk kanak-kanak 200bath,dewasa 300bath...











Ahad, 23 Jun 2013

Persepsi Terhadap Seorang Jurugambar Perkahwinan?




Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang jurugambar perkahwinan?
Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar-benar mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?


Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap jurugambar yang kamu pilih untuk  kamu?
Jom kita tengok apakah benar jurugambar ini benar-benar mengenakan harga yang mahal atau tidak. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu.
Katakanlah jurugambar yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:
1. Custom album 8×12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar
Jumlah keseluruhannya adalah RM420
Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon untuk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up jurugambar bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50
So, nilai modal setakat ini ialah RM420 + RM260 = RM680
Biasanya, jurugambar yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti:
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
Jumlah keseluruhan gadget ialah RM26280.
Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, jurugambar terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali jurugambar ini memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, mereka tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, memang ‘sakit’ jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.
So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan jurugambar tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja jurugambar ambil gambar kamu, kebiasaannya, mereka memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan jurugambar tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?
Jadi, jurugambar tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?
Itu pun kalau jurugambar tersebut sentiasa dapat ‘job’. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai jurugambar-jurugambar kini berlumba-lumba mendapatkan job. Adoiiiii…
Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang jurugambar perkahwinan?
Biasanya, jurugambar perkahwinan sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Ahad sampai Khamis. Apabila menjadi jurugambar, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Jumaat dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi jurugambar yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng’edit‘ gambar memerlukan mood?
Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan jurugambar sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar ‘terbaik’ utk kamu abadikan ‘seumur hidup’ sedangkan kamu tidak ‘membayar’ dengan nilai sepatutnya………
Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah ‘pengorbanan’ jurugambar yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu ‘sepanjang hayat’.

Sabtu, 22 Jun 2013

" HAKIKAT JODOH "





Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama..

telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka..

>>sejauh apapun mereka..

>>sebanyak apapun rintangan yang menghalangi..

>>sebesar apapun beza diantara mereka..

>>sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya..

>>meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya..

>>meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya..

>>meski mereka tidak pernah saling bertegur sapa..

PASTI !!!!!!!!!

PASTI tetap saja mereka akan bersatu..

seakan ada magnet yang menarik mereka…

akan ada hal yang datang
untuk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian..

Yang membuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu..






 p/s:::maaf lama xupdate blog tersibuk seketika,....semoga enjoy untuk entry nie..gambar di bawah for next entry "Trip To Hadyai"