Rabu, 30 November 2011

cinta dalam diam part II


~Cukuplah aku mencintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
~
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...
~
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..aku rela serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki...
~
Bukan tidak mahu ...lafazkan sayang pada dirimu, tapi itu lebih bermakna andai perasaan ini terjaga hingga ke Syurga, kerana itu lebih utama...
~
Bukan tak kasihkan dirimu, tapi kerana kasih jua diri ini korbankan segala perasaan untuk mendapatkan kasihnya Dia....
~
Biarkanlah DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
..
(❤◕‿◕❤)...InsyaAllah...Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....(❤◕‿◕❤)...



•Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yg memilihmu untukku....

•Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu...

•Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu...

•Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu....

•Itulah aku adanya....
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri....
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakn di saat ini....

Isnin, 28 November 2011

cinta dalam diam

Pilihanku..,
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela.,

Pilihanku..biarlah seorang hamba Allah,yang padanya ~

Agama dipelihara,syahadah mengiringi.,

Al-quran menjadi bimbingan,Nabi menjadi teladan.,
Biar...Cinta yang dibina kelak kepada yang Maha Menyintai..
Kerana janjiNya adalah pasti,membawa bahagia yang hakiki.,

Kasih dan cinta yang diberi,kekal sampai ke akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan,bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi temanku kelak menuju syurgawi bersama mahligai yang di redhai.,
Amin
..

"Saya belum tentu akan dinikahi orang yang saya cintai...

akan tetapi...

saya akan mencintai orang yang nikahi saya....
Jagalah kesucian hati, agar terjaga fitrah insani.
sesuatu yang walau tidak diungkap, tetap diketahui Allah jadi,serahkan cintamu kepadaNya..insyaAllah,Dia akan mengatur cinta kita dengan sebaiknya..
 
 
Maka cintailah si dia secara diam dan nantikanlah masa yang sesuai untuk dilamarnya sebagai insan yang tersayang. Kerana di saat itulah keindahan cinta yang sebenar akan terbit dalam sanubari insan hingga diri akan mulai terasa kebahagiaan.
Namun jika cinta dalam diammu itu tidak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam di dalam jiwa. Kerana Allah punya rencana terbaik bagi hamba-hambaNya yang sanggup berkorban kerana menuruti segala kehendak dan syari'atNya.
 
Ya Allah..peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah,Y a Allah dlm penantian penuh kesabaran ini,Ya Allah  terkadang aku tetap merasa rindu pd si dia insan yg ku kasihi dlm diamku... Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya,,ilmunya,,akhlaknya,,budi pekertinya,,gaya pemakaiannya & kematangannya...Aku diam,, diam kerana aku tahu dia milik ALLAH,,aku hanya perlu minta kepadaNYA..

Jodoh milik ALLAH,,tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan 'lafaz akad nikah'..cinta aku kepadamu biarlah hanya aku dan Allah saja yang tahu

Kuingin hadiahkan cinta suci,buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,bukan nilaian nafsu sendiri.


Andai dapat ku tulis nota CINTA buatmu,akan ku hasilkan sebuah novel cinta agung kita

Andai dapat ku tulis nota CINTA buatmu,akan ku hasilkan sebuah novel cinta agung kita

Jumaat, 25 November 2011

berubah!!

aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan semua kesalahan-kesalahan masa laluku..tolong jangan menghukumku kerana kesalahan masa lalu aku,aku cuba untuk berubah kearah kebaikan tapi kenapa sering di pandang serong oleh orang sekelilingku.




walaupun kita tidak dapat buktikan perubahan kita pada pdngn org lain, sekurang2nya kita patut berjaya buktikan pada diri sendiri kita nak berubah, tgh berubah, terus berubah. pada adik2 yg meningkat dewasa, berhati2lah dan jadikan kesilapan2 orang lain sebagai pengajaran buat diri utk tidak ulang lagi silap. jika org lain silap hisap rokok, kita jgn hisap. jika org lain silap hisap dadah, kita jgn buat. jika org lain silap bercouple dan berzina, kita jgn buat. jika org lain silap dedah aurat, kita jgn wat. itulah reason Allah buat kita mata dan akal, utk melihat kesalahan bkn utk menghukum mereka, tp sbnrnya utk mencegah diri sendiri. jgn ikut jejak lgkah abang kakak yg buat silap.  Syabab Musafir Kasih




"Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?"

Selasa, 22 November 2011

kisah di sebalik gambar


 Dari kejauhan ku melihat,
Seorang gadis berjubah biru,
Sopan langkahnya tunduk pandangannya,
Ayu wajahnya tanpa noda.
Doa ibunya kepada gadis itu,

Ya Allah,
Kurniakan anakku ini,
Seorang pendamping yang baik dalam rumah tangganya,
Dia gadis yang solehah,
Biarlah pemuda soleh teman hidupnya.
Dia hanya hamba-Mu yang lemah,

Maka Engkau kuatkanlah dia,
Menghadapi ujian dan cabaran yang Engkau berikan,
Agar dirinya sentiasa kuat dan mampu,
Walau sekencang mana pun ujian itu menimpa.
Tanpa ku sedar gadis itu berlalu pergi,
Sebelum itu salam dititipkannya padaku,
Tanda dia teman sejati.

Wahai gadis,
Doakanlah semoga aku akan istiqamah,
Pasrah dan menyerah pada Yang Satu.
Teguh mendukung jalan perjuangan,
Penuh berliku dan sengsara,
Agar suatu saat nanti,
Di syurga menanti kita bertemu.
Amin...


UMMI doakan kak yong di temukan jodoh dgn seorang Hamba ALLAH yang soleh,baik budi pekerti,beriman serta menerima segala kekuranagn kak yong seadanya ya ummi  ya!!!kak long jugak xpenah putus berdoa agar kak long di temukan dgn insan yang boleh bimbing kak long ke jalan yang di redhai Allah..