Isnin, 23 April 2012

kenangan malar segar...


Nie gambar zaman duluw kala..ibu saya..



Ibu saya bukan saya tapi sama sejibik  xtumpah sama...

 


Nie gambar zaman la ie era 2020....saya bersama ibu saya..

 kakak dan adek a.k.a ibu dan arelong




YANG NIE SEMUA PULAK ADEK2 SAYA YANG CHOMEL LOTE,BANYA AKAI..APA2 PON ALONG TETAP SAYANG SEMUA..

Kakak uda a.k.a nurul aini balkis

Abang aiman @ aiman hakimi

Baby aishah @aishah umairah






Sabtu, 21 April 2012

sayalah hazwanie jongang


Assalamalaikum dan salam sejahtera kawan-kawan sekelian alam yang sudi jengah blog yg xdak apa nie...Alhamdulillah hari nie saya ada masa untuk update blog nie yang dah bersawang nie kan... OK apa topic yang chek nak kongsi hari nie ialah pasai Gigi Jongang..saya adalah salah seorng manusia yang Bergigi Jongang..saya bukan nak mengutuk orang yang bergigi jongang tapi saya nak tegur ada sesetengah masyarakat kita yang suka merendah-rendah orang yang ada sedikit kekurangan..Kadang kadang adek beradik,jiran saya pon mengejek ejek saya sambil menyanyi lagu halimah jongang..budak gigi jongang,budak gigi kapak dan macam3 lagi...” tapi saya sikit pon tak ambik hati sebab bila diorang ejek-ejek saya tu saya anggap dorang jeles dengan saya ya la saya ada gigi jongang tapi diorang xdak...Hahahahahhaha...


Saya bukan nak cakap apa lahkan kadang-kadang saya rasa macam

·        "TERUK SGT KER ORANG ADA GIGI JONGANG NIE SAMPAI BYK ORG KUTUK2!!!"
·        "YELAH ORG ADA GIGI JONGANG NIE TAK CANTEK TAKDE SIAPA NAK KAWAN"
·        "ORG YANG BERGIGI JONGANG TAK BOLEH JADI MODEL/ARTIS NNTI X LAKU"
·        dan lain lain lagi . . . . .

Tapi bila saya fikirkan balik dalam kekurangan dalam diri seseorang pasti ada banyak keistimewaan.. Allah s.w.t jadikan manusia cukup sempurna tapi kadang kadang kita jer yang tak reti bersyukur.. Saya pun salah sorang yang hamba Allah yang tak tahu bersyukur. Sebab kadang kadang saya ada rasa macam

  • tak canteklah ada gigi jongang nie tak boleh nak senyum kalau senyum mesti akan terkantoi gigi jongang terkeluar!!!
  • nanti gambar kahwin tak cantek lah ada gigi jongang nie (sedangkan bukan nak kawen lg)

Mesti bersebab kenapa gigi kita nie jongang or gigi kita senget sikit ker takpe!! Mungkin kalau gigi kita or rupa kita terlalu sempurna kita akan jadi Hamba Allah yang RIAK,BONGKAK,SOMBONG dan ANGKUH.. Kekurangan itu perlu ada dalam diri kita agar mengingatkan kita yang kita nie JANGAN ada perasaan ANGKUH,BONGKAK,RIAK, & SOMBONG.. Bilaa saya bersuara untuk pakai braces ramai kawan kawan, sedara mara tak bagi sebab dorang cakap "tak payahlah bukan teruk pun jongang kau, lagipun manis apa gigi jongang","Gigi jongang kau nielah buat orang suka". Tapi janganlah rasa kekurangan itu punca kita hilang keyakinan sebab Allah dah ciptakan kita semua dengan penuh kecantikan & kehandsome-man! Kita semua cantek & handsome sebab kita ada


  • ·        HIDUNG
  • ·        MATA
  • ·        MULUT
  • ·        TELINGA
  • ·        TANGAN
  • ·        KAKI
  • ·        JARI
  •  
  •  
Lagi satu kita jangan suka merendah rendah orang lain yang ada kekurangan sebab jita mengutuk & kita mengumpat ciptaan Allah ok... Orang yang bergigi jonganag punya cerita yang mampu buat semua orang ketawa....Orang bergigi jongang jugak punya cita-cita... Jadi orang gigi jongang nie sangatlah istimewa mampu buat orang lain happy.. Apa-apa pon saya bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada saya....





*Lagi satu nak pesan segala rupa,kecantikan ini adalah pinjaman didunia SAHAJA, Allah boleh ambil segala-gala bila2 masa saja...Kena ingat tu semua ya...jangan angkuh sangat dengan Pencipta....












Rabu, 18 April 2012

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya

Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.
“Mencintai tak semestinya memiliki”
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.


Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.
Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.
Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.


Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)


Ahad, 15 April 2012

BERCERITA TENTANG JODOh



Repost dari blog rentarasa.com

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.




“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!




 “Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
P/S
Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.
Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

Sumber: Ustaz Pahrol Juoi - Genta Rasa
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/