Jumaat, 17 Februari 2012

Ahad, 5 Februari 2012

mr.FOLAN a.k.a MR. F


YA ALLAH suka nya hati nie bila dapat taw mr.folan saya 2 maseh belom berpunya,tapi  xnak terlalu berharap,takot nak berharap pada  benda yang belom pasti lagi nak jadi milik kita atau bukan....

YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM,utuskanlah kepadaku seorang lelaki yang beriman dan beramal soleh,jadi suamiku,imamku,pendamping yang setia,pembimbingku menuju jalan petunjukMU,bapa kepada anak-anakku,dan menerima aku seadanya seikhlas hatinya..

Walaupon saya pon belom pasti siapakan pemilik tulang rusuk kiri yang berada di dalam tubuhku ini,adakah dia MR FOLAN saya atau insan lain????yang bakal bertahta di hati ini selepas ALLAH DAN RASULULLAH  ku..hanya doa yang tulus dari hati kecil nie selalu aku panjatkan kepadaMU,selalu aku menangis dalam doa ku,bercerita tentang sedihan,kekecawaan,kesepaanku,,hanya kepadaMU YA RABB...

~>> INGAT KATA-KATA INI..<<~

"Rumah boleh dibina dengan batu, pasir, simen dan kayu..tetapi RUMAHTANGGA dibina dengan KASIH SAYANG,TANGGUNGJAWAB, IMAN dan TAQWA kepada Allah SWT..."
( TG Nik Aziz Nik Mat, Mei 2011 )

mencintaimu dalam diam


 ..sekadar renungan dan ingatan..


ada..sesungguhnya ada….
         
ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…


sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…

aku menanti untuk yg halal hadir
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…






Jumaat, 3 Februari 2012

aku benci kau!!!!!!!!!

Pergi kau nyah dari hidup,ingatan,hati aku..pergi jauh-jauh2...
Ya ALLAH luputkanlah dia dari ingatan aku,buangkanlah dia jauh dari hati ini,berikanlah aku kekuatan untuk melontar bayangnya,jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah....












Aku benci kau,aku benci kau,aku benci kau,aku benci kau,aku benci kau,,pergi-pergi dari hidup aku,aku tak perlukan kau....manusia bodohh,,aku benci kau,aku xnak keluarkan air mata aku kerana kau,xkan pernah sekali-kali aku keluarkan air mata aku untuk menangisinya,,ingat ya TAKKAN PERNAH!!!
Ya ALLAH tanamkan dan suburkan la rasa benci yang tersangat benci  dalam hati kecilku ini pada insan ini...

hadirkan cinta itu..




Walau aku senyum bukan berarti,
Aku selalu bahagia dalam hari,
Ada yang tak ada di hati ini,
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku,
Mungkin akan ada cerita cinta,
Namun ada saja cobaan hidup,
Seakan aku hina,

Tuhan berikanlah aku cinta,
Untuk temaniku dalam sepi,
Tangkap aku dalam terang-Mu,
Biarkanlah aku punya cinta,

Tuhan berikanlah aku cinta,
Aku juga berhak bahagia,
Berikan restu dan halal-Mu,
Tuhan beri aku cinta,

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku,
Mungkin akan ada cerita cinta,
Namun ada saja cobaan hidup,
Seakan aku hina,

Tuhan berikanlah aku cinta,
Untuk temaniku dalam sepi,
Tangkap aku dalam terang-Mu,
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta,
Aku juga berhak bahagia,
Berikan restu dan halal-Mu,
Tuhan beri aku cinta,

Rabu, 1 Februari 2012

kenapa saya tak minum K.O.P.I

Hai,assalam semua,apa kabar????

Malam nie cikparipari nak bercetoleh bab kopi,hari nie saya jadi cikgu kopi ya murid-murid..

Nak tau rahsia kenapa saya tak minum kopi....nak taw dak kenapa???

semuanya bermula masa zaman kecik-kecik duluw la(nak imbau kenangan lalu)..ciwah!ciwahh!ciwahhh!! macam nak karang prosa klasik la pulak,zaman sekolah xhingin pulak kau nie ya cikparipari,sekarang baru nak tunjuk bakat terendam pulak..


Coretan malam nie semua  gara-gara kejadian pagi tadi la,ada orang mai rumah,tetiba pulak tok aku nie suruh aku buat kopi,jangan kata buat kopi,minum kopi pon aku xpenah...selama nie kalau ada orang mai rumah aku buat ayer teh ja senang,ambik teh uncang ja..hahahahhahha..


Duluw zaman kecik cikparipari di besarkan di rumah yang penuh dengan kenangan suka,duka,dihiasi dengan ketawa riang,suka dan duka...walaupon rumah xlah sebesar villa yang dah di renovate sekarang tersergam indah,tetapi sudah tidak bernilai lagi(sentimental value dah hilang),rumah yang tersangat istimewa dalam hati cikpari-pari dan xkan pernah dilupakan,bak kata pepatah melayu dulu “tempat jatuh lagikan di kenang,inikah pula tempat bermulanya cikparipari kenai dunia”..ok kita sambung pada story asal yang cikparipari nak cita ye...berdekatan dengan rumah cikparipari ada la beberapa buah rumah(biasalah rumah kampong),sebelah rumah cikparipari ada rumah tok su,rumah dia rumah kayu atas,bawah rumah dia ada pelenggar(pangkin)..kami semua suka melepak dekat situ,sapa-sapa yang mai memang akan dok kat situ sebabnya palenggar tu berlatarbelakangkan bendang,petang2 angin sepoi-sepoi bahasa menyapa badan,
wah teringatnya kenangan tu,tepi bendang tu ada sepohon pokok buat qekop(klau kedah la,negeri laen xtaw la),aku suka la panjat pokok tu macam jantan la,ingat lagi,kalau ibu marah,aku merajuk,takot ibu marah,sanggop panjat pokok tu,takot kena tibai ngn rotan la,

penah sekali aku ngn pak tam panjat pokok asam depan rumah aku tu,tetiba tak taw nak turun(hahahahahahhaha) lawak la,nangis atas pokok,ibu xdak sebab p keja,aku dok ngn tok su masa tu(nak tiru macam tarzan la konon)...tok su aku nie ada la anak yang dok tengokkan aku ada pakteh zerol,pak cik pendi,paktam,pak dak din...nangis bukan sikit2,meraung la,wan mad(suami tok su) la letak tangga suruh aku turun,semua pak tam la punya pasai ajak aku panjat pokok asam,dia pandai turun,aku yang tersangkot kat atas pokok,sebabnya xtaw yang aku panjat dah nak sampai pucuk asam,tengok bawah,jadi gayah...

aku duluw membesar dengan depa la,depa bawak aku panjat terekta la,panjat mesin padi pa,panjat pekho la,terjun dalam bendang la(maen lumpur),mandi dalam kok yu la(yg nie pandai sendiri,depan rumah tu ada 1 parit,ayer deras musim hujan,sengap2 keluar rumah p maen ayer sorang2 xdak sapa taw,sembunyi dari ibu la konon,sekali ibu nampak  dari bilik atas rumah,nah time tu jugak kena pulas telinga...hahahahhaha..

basikal pertama yang aku ada,ibu ngn abah beli kecik ja,colour oren sampai sekarang basikal tu ada lagi tapi dah rosak la(nak taruh,tunjuk kat anak,cucu),..

sebelah rumah tok su ada rumah tok nek yam,aku suka p dok belakang rumah dia ada kolam a.k.a parit la,,suka tengok anak ikan(berudu) maen kot gigi ayer tu,aku pernah sampai turun dlm parit tu la sebab nak tangkap anak tu kut,ibu aku mengamuk la dapat taw aku turun parit tu,kena marah,balik rumah tunjuk kt ibu anak ikan siap simpan balam baling lagi tu(hahhahahaha),ibu cakap apa,ha bela sampai besar,bila besar boleh ibu masak untuk along,tok nek yam nie ada bela ayam,ayam belanda pon dia bela jugak,aku suka ligan anak ayam dia,pepagi ja ayam gemuk dia tu bising la,aku suka baling batu dekat ayam tu,dia ligan aku,

depan rumah nek yam nie ada pokok jambu batu,aku suka panjat pokok tu,pokok tu bersebelahan dengan dangau tok long manis,rumah tok long manis nie bersebelahan dengan rumah nek yam,terpisah dengan sebatang jalan,

petang-petang lepas ibu ambik aku dari rumah pengasuh,balik rumah,ambik basikal trus p rumah tok long nis nie,dia nie macam tok aku la,aku rapat ngn dia,jadi peneman dia,rumah dia xdak sapa,dia dok ngn suami dia ja,kekadang ja anak2 dia balik,dengan long ein pon aku rapat,dia ada sebijik basikal tua,jadi kenderaan dia hari-hari p kedai,kalau dia balik dari kedai,bila lalu ja depan rumah ,mesti bagi gula-gula,time tu happy yak mat la,xtaw yang gula2 tu la buat gigi aku buruk,sebab tu ibu xmaw beli..

zaman kecik2 aku kartun yang famous masa tu tarzan la,asai beli cococrun mesti nak cari yang ada hadiah tarzan...

aku mula belajar naek basikal besar dari tok long ein la,dia letak bantal dekat palang tengah basikal tua dia ajar aku kayuh basikal badan masuk bawah palang tu,memula keliling depan rumah dia ja,dah agar tera sikit kayuh sampai depan rumah aku la,jerit suruh ibu keluar tengok aku dah boleh kayuh basikal besar,bangga la konon...

rumah tok long manis nie aku buat macam rumah tok aku,sesuka hati ja aku nak masuk,xkira la pintu belakang ka pintu depan ka,maen redah ja,long nis jamu aku makan nasi la,lapar ja p sua muka mintak nasi dekat dia...


long nis nie rajin buat kopi sendiri taw,dia suka kacau kopi dekat bawah dangau yang tepi pokok jambu depan rumah tok nek yam tu,aku selalu teman dia buat kopi dari tengah goreng kopi sampai la tumbuk kopi(aku suka kacau part nie sebab suka loncat atas lesong kaki tu),aku selalu kacau dia,teman dia,sembang ngn dia,ada satu masa tu sampai belanga(kuali) yang tengah panas tu nak terbalik gara2 aku la,tok long nis dah cakap jgn kacau kuat sangat dia nak masuk dalam rumah ambik barang,sebab nie la aku xminun kopi,aku teringat dekat dia kalau aku minum kopi,dia penah cakap kopi kedai xsedap,kopi buat sendiri tak campur apa,tak taw la sampai sekarang asai tengok kopi ja teringat dekat tok long manis,,,,


aku kira rapat jugak la dengan anak tok long nie pak su yie(nickname aku tok long),ngn pak cik bedol sebabnya depa nie member ibu aku,anak tok long manis yang len xberapa sangat la...sorry saya memang xboleh nak telan kopi bukan sebab takut hitam(masa kecik2 duluw pikiaq lagu nie la),tapi hakikatnya saya punya sejarah yang tersendiri pasai kopi...


terlalu banyak kenangan zaman kecilku yang tak kan pernah orang laen rasa,laen ornag laen kenangan masa kecik kan...aku xtaw nak cerita la,ibu aku tu sampai dah nak bertukar jadi ‘gorilla’ la jaga aku sorang nie yang nakai sangat,naseb bek sorang kalau 2,3 orang maw pengsan nak hadap anak2 dia..


sampai la aku diambil hak penjagaan dari ibu kepada abah...


Tinggal la rumah yang pernah menjadi syurga,bermulanya cinta,kasih sayang sekeluarga,tempat di marahi,tempat aku tidur,tempat dimana aku pernah mengecap nikmat bahagia,tempat dimana langkah pertama kaki sebesar 2 jari bermula,tempat jatuh bangun kami sekeluarga,tempat dimana aku belajar erti hidup dari insan yang penting dalan hidup aku,tempat yang merubah segala-galanya..



Dan sekarang semua tu dah tak dak lagi,semua dah berubah,tiada lagi pelenggar dia bawah rumah berlatarbelakang sawah padi,tiada lagi rumah tok su di sebelah rumah ‘zaman kecilku’ dah dirobohkan,rumah kenangan zaman kecilku dah tiada kini diganti dgn sebuah villa yang tiada lagi erti,tiada lagi sapaan mesra dari arwah long manis,arwah long ein,sapaan nek yam,tiada lagi budak yang suka kayuh gerek p kacau orang,tiada lagi suara budak menjerit sebab kena ligan dengan ayam belanda,sebab kacau ayam tu..leteran dari tok su,tiada lagi budak suka maen ayer dalam bilik ayer umah tok su,tiada teman sepermainan waktu kecilku pak teh azrol,pak cik pendi,pak tam,tiada lagi pokok asam depan rumah,tiada lagi budak kecik menangis di marah oleh seorang ibu sebab kenakalannya membuatkan si ibu risau keselamatan diri si anak..


p/s:tengah belek album zaman kecik,nak scan gambar ,malu la,sebab nakai sangat...