Selasa, 4 Oktober 2011

kejadian di airport

kejadian nie terjadi semalam masa  aku bru sampai airport penang..sakit gila ati nie taw dak..
Nie nak mula cita time aku smpai ja kat airport penang aku terus tnggu kat luar(kerusi menunggu) sementara pak ngah mai ambik,
ada jugak 1 family nie dok xjauh dari aku,dok sat 2 aku terdebgar sorang laki berumuq sikit(ayah dia la kot) marah2 mula2 slow ja volume sora dia .Pas 2 dia jerkah,maki-hamun,sumpah-seranah aku yang dok dekat situ pon terkejut gila dooo.punya la lantang sora bapak dia..Budak yang kena marah ngn bapak dia 2 mungkin sebaya or muda sikit dari aku la kot,dia punya muka merah padam dah,mungkin dah malu alah kena macam 2 ngn bapak dia,klau aku dok tmpat dia dah lama pancung pala malu...Pada2 la nak tegur anak pon,dah la depan orang ramai kat tempat awam pulak 2,xboleh ka nak tegur dgn lembut xpayah nak malukan anak kamu dia pon dah dewasa,benda biasa la manusia mmg selalu melakukan kesilapan,klau dah gamak nak perfect sgt xyah jadi manusia la bengong oii... xreti nak tegur elok2 ka,bukan anak2 xleh nak paham..nak tegur anak2 pon kan ada cara jgk bkan maen hentam koromo ja..kata anak ang bodoh la,ada otak saja xreti nak pakai ka..


ingat la nanti korang tua nanti,ank2 yang ko kata xberguna 2 la akan jaga korang,mandikan korang,bela korang masa tua nanti..depa bukan mintak nak jadi bodoh ka bahalol ka,bangan ka...dah akal luar waras menguasai diri depa sapa taw,hanya diri anak 2 ja yang taw,so mak pak nie cuba la selami masalah ank 2:
kenapa dia buat 2,
kenapa dia nak jadi cm2,
kenapa dia nak protes..
ada korang tanya kenapa dia perlu untuk lakukan kesilapan..

hadoiii cik paripari pulak yang ter'emo' lebihkan...sory sebab sakit hati sgt2 ngn parent budak 2...ok la dah terluah rasa xpuas ati nie...cau cin cau duluw la...

dengar la lagu nie bukan nak kata agar terasa,dengar dan renung2kan lah lirik dia....



Lirik Harapan Pada Ayah Ibu - Unic

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia


Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu 

cik paripari taw mungkin kadang kala anak 2 nie saja menaikan darah ibubapa dgn masalah yang depa timbulkan,bukan semua anak2 betul 100%,anak2 pon ada jugak buat salah tapi give and take la...
klau nak tegur,tegur cara elok2 xboleh ka xyah nak sindir2...anak2 boleh cuba untuk paham...dunia sekarang dah maju banyak anasir luar dah merosak pala otak anak2 nie..


bye jumpa lagi lain entry............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan