Selasa, 15 November 2011

cinta bukan sekadar ucapan yang mudah,tapi TANGGUNGJAWAB

“Simpan satu cinta untuk satu suami yang sah. Simpan mahkota kehormatan dan kesucian untuk satu suami yang berhak. Biarlah orang lain nak pegang-pegang, tapi kita sekali-kali jangan. Bina kubu pada dirimu, nescaya Allah bantu bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu. Bina pagar sementara pada kehormatanmu, sebelum Allah ganti dengan title "Muhsanat" (isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus) dengan perkahwinanmu.”

Tadi ad godek2 blog rusydee artz(seorang daee muda)...korang kenai x sapa dia nie???kalau sapa yang suka tengok page2 dakwah dekat FB tu mungkin kenai la,,kalau nak taw dia nie salah sorang yang mula dakwah melalui karya,karikatur dlm laman2 sosial dan blog2..dia lukis karekter muslimah..dan dia nie selitkan jugak pesanan-pesanan yang berguna untuk tatapan dan peringatan semua..tadi ada masuk blog dia tertarik pasai kisah “satu cinta

Salam. Niat kali ni saya cuma nak menconteng-conteng je. Tapi teringat pula saya akan satu kisah Nabi SAW dengan Saidatina Aisyah R.A. 

Saidatina Aisyah berkata: 

"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."

Baginda hanya tersenyum.

Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata:

"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"
Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak." Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!".


Kenapa saya membawakan kisah ini? Bukanlah untuk menonjolkan kisah Saidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah SAW selepas ijab qabul yang sah. Syukur dan bangga pada tempatnya adalah tidak salah. Bangga depan si suaminya. Bukan pada ajnabi.

Namun, tidaklah Nabi SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain.' Takutnya Nabi SAW akan ketidakadilan dalam rumahtangga sehingga Nabi SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira:

"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau siksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."


Ringkasnya, adik-adik perempuan jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah2 silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 




Akhir kata, jagalah kesucian dan kehormatan anda demi satu cinta yang murni. Yang tidak lagi suci, sucikan kembali diri dengan penyesalan yang sungguh-sungguh, tidak mengulangi lagi silap yang sama dan mulakan hidup baru dengan percaya penuh, Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.

Satu cinta Aisyah Humaira hanya untuk Muhammad bin Abdullah SAW. 

Aku rasa bersyukur sangat sebab,Allah xpilih hati aku lagi untuk lalai dengan cinta sebelom nikah nie,dan aku berdoa biarlah cinta aku subur hanya pada saat aku dah di ijabkabul..agar cinta ku subur hanya untuk suamiku.. hatiku tidak dicemari dengan cinta monyet..perkahwinan merupakan sunnah,setia jugak merupakan sunnah...ingat tu..so serahkan la hak itu pada insan yang layak sahaja..jangan main redah ja..

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat…. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu… itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa…

-Jangan memilih yang hampir sempurna..Tetapi bertanya..Adakah dirimu hampir sempurna..

 Jadilah solehah andai kamu inginkan yang soleh..Jadilah soleh andai kamu inginkan yang solehah.Sesungguhnya..Allah Tahu Yang Terbaik untuk hambaNya

Nasihat ini..sering ku pegang..Agar diriku perbaiki diriku andai ingin yang terbaik..Diriku penuh kekurangan.Sungguh diriku hanya hamba Allah yang dhaif

Jangan Mencari Yang Sempurna..Kelak..Merana dirimu..Kerana Itu..Ramai Orang Tiada bernikah..Tiada Manusia yang sempurna..Tetapi terimalah mereka seadanya



"Semua orang pun cantik dan lawa sebenarnya. Tiada istilah hodoh, buruk pada ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah dengan diri anda sendiri. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Acapkali manusia tertipu dengan kecantikan wajah, dan mengenepikan kecantikan akhlak. Seiringkanlah..jika hati cantik, akhlak cantik..insyaAllah wajah kita pun akan tempias dengan kecantikan dalaman kita. Hati anda cerminan wajah anda."

Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.
"Pelajari konsep tawaqqi utk mengekalkan hubungan cinta"



Kalau rasa cinta,sayang pada seseorang  tersangat-sangat  jangan luahkan pada dia,pendamlah..tapi berbicaralah dgn Pencipta Cinta,luahkanlah padaNYA kerana Dia lebih tahu dari kita,akan baik ke buruk perasaan itu.layak atau x rasa cinta kita pada insan tu,mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik dari itu,kita hanya hambaNya yang dhaif lagi hina,lagi kerdil…

Kesetiaan adalah pengorbanan. Setia juga adalah sunnah Nabi-Nabi..

Nikah itu sunnah. Nikah awal itu bonus. Nikah lewat tetap jadi ibadah. Asalkan nikah. Hai...anda takkan tanak nikah kot?


 untuk renungan bersama-sama kita sebagai salah satu cara kita menyebarkan ilmu Allah,semoga bertambah ilmu didada kita semua..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan