Isnin, 5 Mac 2012

cinta dan cinta,cinta...

assalamualaikum semua...terasa lamanya sangat xupdate blog kan..dah bersawang penuh dah.....


nie untuk korang semua yang sudi singgah kat blog nie.....hasil nukilan yhang xseberapa nie..xdah idea nak karang(sebab masa ter'amat' cmbrukan saya)...ya la siang bngun siap g keja blik malam terus tidor xdak masa nak buka FB@BLOG nie,,sory ya sayang2 semua,sayang korang...



Tertarik dgn kata2 nie..
>>>Bersyukurlah kerana hidup berseorangan merupakan persediaan di kala masih lapang, hidup bujang adalah ujian (imtihan). Justeru, perbaikilah diri mantapkan iman, jangan kau jadi pemuda-pemudi kasihan.

Jodoh dengan pasangan impian belum tentu datang. Tapi, jodoh dengan kematian, kubur, akhirat dan Tuhan itu pasti 'kan datang walau tidak diundang!
Tak kira kau setuju atau kau enggan. Itu janji Tuhan.

Single itu indah. Single adalah perjuangan. Antara nafsu dan iman

>> Walaupun aku sendiri menyepi, aku TETAP perlu berdiri..agar mampu MENGGAPAI PELANGI...

p/s : Ya Allah, berikanlah aku KEKUATAN di sepanjang perjalanan..
♥♥

>>>Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.


gadis itu wajahnya berona NUR IMAN

mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN

maruah diri dipagari dgn KESOPANAN

dialah puteri indah RUPAWAN

tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI, dia hias NUR ILAHI pada wajahnya

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA, dia selesa bersama cinta-NYA

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA, dia tekun dgn BAIT kata TUHANNYA

tika gadis lain menangisi permergian ARJUNA, dia tangisi kehinaan DIRINYA

gadis itu seperti MAWAR BERDURI, indah dipandang namun sukar dipegang

cantiknya kerna KEPERIBADIAN AKHLAK MULIA, kerana itulah dia dikatakan......
>> MELIHAT insan di sekeliling TERSENYUM BAHAGIA, memberiku RUANG menguntum SENYUMAN..menumpang bahagia mereka, walau hati penuh DUKA dan lara..terima kasih Allah..

p/s : Ada waktu-waktu, saya ingin insan-insan yang saya CINTA ada menemani di sisi..jika ADAM di dalam syurga boleh sunyi, apatah lagi diri yang LEMAH ini..hidup di atas bumi Allah..♥♥

"Ingatkah kamu kepada EMBUN PAGI bersahaja yang MENEMANIMU sebelum cahaya menerangi hari?..."
p/s : Ya Allah, berikanlah aku KEKUATAN di sepanjang perjalanan..♥♥

~~~insan yang hina~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan