salam 2 syawal 1433H brsamaan 20 ogos 2012..entry nie dah lama taip sejak pertengahan Ramadhan lagi,dah syawal baru dapat kekuatan untuk post entry nie..
"bercinta lepas nikah"
(prinsip yg selama nie saya pegang & sampai bila2.InsyaAllah)
Keinginan bernikah ini bukan satu yang salah,bukan juga
salah kalau aku punya keinginan bernikah pada awal usia kalau boleh masa belajar pon aku mahu.Aku tak gemar mendengar insan berkata
“gatal
sangat dah?? Tak tahan la tu,muda lagi” pedih telinga dengar.
Kenapa sempit sangat pemikian tu? Aku bukan minta perkahwinan
yang grand. Biarlah bersederhana. Cukuplah sekadar akad nikah dan walimah yang
bersederhana. Aku terima .Memang majlis perkahwinan hanya sekali,perlu diraikan
tapi kita berkahwin untuk seumur hidup,wang banyak diperlukan untuk meneruskan
hidup berdua.
Couple bukan jaminan,tunang bukan menghalalkan
segala,nikah itu lebih baik. Tunang itu
dirahsiakan, nikah itu di hebahkan. Tak perlu tunang macam hendak berkahwin.
Aku kalau boleh nak nikah terus. Tak tunang pon xpa, Kalau tunang juga xpayah
lama-lama.
Aku bukan gadis-gadis yang kemaruk nak kahwin awal sebab terkenan
bila tengok Dena Bahrin kahwin awal. Aku punya sebab aku. Lagipun ini pilihan
aku sejak mula terfikir pasal nikah kahwin nie.Antaranya ::-
1.
Bagi aku buat apa nak lengah-lengahkan benda
baik. Dirikan masjid. Jauhkan fitnah manusia . Dah sedia nak serius dalam
hubungan ,apa salah di percepatkan .
aku bukan jenis manusia yang suka layan perasan lama-lama ,sebab aku jenis manusia yang dah bnayak kali sakit. Aku juga xsuka dengan orang yang tidak serius ,jadi bila aku jumpa yang serius buat apa dipersiakan waktu. Sebelum aku serius itu juga aku sudah buat pertimbangan untuk segenap sisi tentang orang yang aku punya ciri-ciri pemimpin. Ciri-ciri yang boleh aku jadikan imam,pendamping,pembimbing,suami,pakar motivasi,tempat untuk aku berpaut,ayah kepada anak-anak aku nanti. Jadi kalau orangnya sudah ada, perlu tangguh lagi?(YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM temukanlah jodohku dengan lelaki yang beriman dan soleh,agar kami sama2 membantu untuk menuju Redha-MU)
2.
Zaman sekarang ini memang elok kahwin awal
,bukan apa sekarang ni orang banyak sangat lempar
fitnah. Sebab ramai mudah salah sangka disebabkan terdapat segelintir remaja yang tidak bertanggungjawab bermadu
asmara dikhalayak ramai dan ramai
menganggap itu perkara biasa. Jadi keadaan dunia sekarang ini memang elok
kahwin awal
3.
Aku kalau boleh dan nak sangat yang nikahkan
aku adalah abah aku sendiri. Aku nak dia sendiri yang melepaskan anak dia ni
memandangkan aku nie anak perempuan sulung
dan satu-satunya nak perempuan dia yang dah besar.bukan aku mendoakan
tapi kita tak taw ajal maut tu. Aku pon xtaw aku hidup lama mana lagi. Aku nak
ibu dan abah ada disaat aku menjadi isteri orang.ibu yang berada di sisi beri nasihat,lepaskan tanggungjawab dia keatas aku untuk suamiku.
4.
Hal kahwin ini aku taw bukan perkara
mudah,banyak segi yang harus dipertimbangkan . sebelom aku ambik keputusan nak kahwin awal,awal-awal lagi,aku
taw apa risiko pro dan cons. Aku juga dan fikir baik-baik sewajarnya orang
seperti apa yang aku perlu dikahwinkan dengan segera
atas sebab-sebab yang aku sendiri sudah kenal pasti. Macam aku baru
sedar dulu,aku nie mudah suka seseorang itu sangat bahaya untuk hati aku. Dulu sebelom aku pilih keputusan nak kahwin awal ni juga aku tahu kahwin awal nie
satu keputusan yang besar.
Nak kahwin nie banyak perkara yang harus aku kenali. Aku juga ambik keputusan mengubah cara hidup dengan perlahan-lahan. Hadam ilmu agama satu-satu. Baiki diri yang banyak kekurangan nie. Sampai sekarang banyak lagi kekurangan yang masih ada . Tapi aku tetap perlu baiki . Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Aku cari bahagia sampai Syurga Firdausi,bukan hanya didunia. Solat harus diperbaiki. Segalanya amal ibadat harus dimajukan setiap hari. Hubungan aku dengan ALLAH wajib dijaga . aku mula banyak membaca dan mendalami ilmu yang perlu untuk mempersiapakan aku ke gerbang yang besar.
Nak kahwin nie banyak perkara yang harus aku kenali. Aku juga ambik keputusan mengubah cara hidup dengan perlahan-lahan. Hadam ilmu agama satu-satu. Baiki diri yang banyak kekurangan nie. Sampai sekarang banyak lagi kekurangan yang masih ada . Tapi aku tetap perlu baiki . Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Aku cari bahagia sampai Syurga Firdausi,bukan hanya didunia. Solat harus diperbaiki. Segalanya amal ibadat harus dimajukan setiap hari. Hubungan aku dengan ALLAH wajib dijaga . aku mula banyak membaca dan mendalami ilmu yang perlu untuk mempersiapakan aku ke gerbang yang besar.
5. Bila sudah bernikah sudah tentu aku punya teman untuk aku belajar tentang kehidupan dan banyak lagi. Insyallah jika aku kahwin awal kami dapat sama-sama berkongsi ilmu,kongsi perasaan. Sebab aku tak perlu fikir masalah cinta dengan orang yang tak pasti. Jika aku punya rasa gusar pasti ada bahu untuk aku bersandar,jika aku bersedih pasti ada sumber kekuatan untuk bangkit balik. Tak perlu aku telifon seseorang lelaki yang tak sah statusnya denganku untuk mengadu. Dan aku juga seorang yang susah nak bercerita masalah aku pada keluarga.itu masalah aku. Ya aku tahu ALLAH Maha Mendengar.
Bila sudah punya seseorang yang dipanggil suami,aku tahu aku perlu belajar lebih banyak lagi ilmu asas rumahtangga. Dia juga ada untuk belajar bersama denganku.
Dalam kehidupan aku akan ada dia yang bersama-sama saat aku jatuh dan bangun . Susah dan gelisah . Dia boleh bantu aku cari jalan kehidupan yang aku cari, apakah perlu aku lepaskan seseorang yang yang aku rasa boleh untuk memberi kehidupan itu kepadaku. Mencari jalan ALLAH. Membaiki sisa hidup dulu bersama. Menegur salah silap aku. Ya aku tahu ibu abah aku juga bisa. Tapi ini lain. Dan aku tak perlu kalut memikirkan bila aku nak kahwin sesudah aku mencapai usia lebih 25 tahun ? 30 tahun ? Fikirkan calon apa semua.
aku bukan manusia yang tipikal yang gila belajar dahulu sampai pangkat doktor , himpun duit sampai dah beribu-ribu, semua benda sudah tersedia,baru mahu memikirkan satu hubungan yang suci di panggil Perkahwinan. Kalau aku sebagai perempuan sudah sediakan ini terlebih dahulu, apa ertinya satu kehidupan dapat semua usai saja sebuah perkahwinan tanpa bersusah payah untuk mendapat kehidupan itu? Kalau nak kumpul duit, sampai mati pun tak pernah cukup . Tak akan.
6. Bila dapatnya satu gelaran yang dipanggil isteri,aku tahu aku perlu menjadi lebih bertanggungjawab . Dimana tanggungjawab aku sebagai isteri,tanggungjawab sebagai aku sebagai anak,taggungjawab sebagai seorang ibu,tanggungjawab sebagi cucu,tanggungjawab sebagai seorang muslim. Disini aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik dari segenap sisi. Dan aku bersiap sedia dengan gelaran itu. Aku sentiasa ingin buat diri aku dalam keadaan sedia . aku tahu dia juga akan bertanggungjawab, kerana dia tahu itu "kewajipan" yang pelu dia tanggung keatas diriku.
Ia juga menjadi suatu ibadah ini bukan berlandaskan nafsu semata-mata, dapat solat bersama,mengaji bersama,belajar bersama,jalankan tugas harian bersama,keluar bersama,makan bersama. Itu manis . Lagi-lagi ia sah. Daripada keluar tidak semena dengan dia bukan suami. Aku tak berani yang itu. Tapi jiwa yang dilanda cinta pasti meronta . Aku tahu. Banyak teman seusiaku "cakap enjoy dulu,hidup maseh muda". tak pa enjoy la kalian,saya nak sempurnakan separuh dari agama saya.
7.
Sungguh aku dapat rasakan aku akan lebih
tenang jika berkahwin, kerana sekarang otak aku asyik kalut nak fikir pasai
relationship aku apa semua. Sumpah itu sungguh-sungguh mengganggu. Aku juga takut
berlaku zina mata,zina hati dan macam-macam lagi. Walau aku cuba mempertahankan
diri aku, aku tahu aku nie manusia yang lama-lama layu juga dek godaan syaitan.
Keinginan hendak berjumpa, keinginan hendak keluar bersama, keinginan hendak
bercakap setiap masa dan macam-macam. Aku tak nak aku diselubungi rasa
bersalah dengan hubungan aku yang aku tahu ALLAH tak suka, eloklah aku segera
menikah. Aku tak nak ibu abah aku tanggung lagi dosa-dosa aku yang dapatnya dari
keinginan aku sendiri.
8.
Hubungan yang halal itu aku cari. Aku tak nak
melayan perasaan tanpa hubungan yang sah terlalu lama. Aku takut ALLAH murka.
Aku terlalu takut dengan fitnah dunia,lebih besar dari fitnah dajjal. Aku tahu
orang akan kata ,kalau ada jodoh tak akan ke mana. Itu memang,tapi orang itu
telah buat kita rasa seperti yang kita
mahukan, untuk apa dilewatkan ? Sungguh aku dah berikhtiar banyak sebelom
menerima rasa ini. Aku pasti sudah suruh dia untuk fikir seadanya supaya tak
hanyut masa lebih lama. Jadi kalau sudah yakin,perlukah dilewatkan?
tak perlu nak bercinta bagai kan...Allah pon sayang kita tak nak kita bagi hati pada yang sesiapa sebelom akad nikah..
Aku tahu untuk lelaki ini bukan mudah. Dia perlu fikir soal nafkah.
Kewangan dan sebagainya. Lagi-lagi dia dia akan menjadi ketua keluarga dan akan
memegang tanggungjawab yang besar. Ada jalannya untuk semua. Youtube dan banyak
bahan bacaan ada untu rujukan, ibu bapa dia akan memjadi rujukan utama. Allah
S.W.T akan menjadi pembantu dia nombor satu. Dan aku ada disitu untuk menempuh
kehidupan itu bersama dia.
aku jugak dah penat sangat bertekak dengan manusia yang lain pendirian dengan aku . Terpulang pada pilihan masing-masing. Jalan mana yang kau pilih. Banyak lagi aku fikir, sebab-sebab aku namun tak tertulis (agak peribadi untuk dikongsi). Aku harap kalian sudah paham mengapa 23 usia paling lambat untuk aku. Aku tahu jodoh di tangan ALLAH. Lambat atau cepat ditangan Dia yang Pencipta. Oh,dan andai ahli keluraga aku yang baca kenyataan ini, aku harap juga mereka faham dan sokong aku.
aku jugak dah penat sangat bertekak dengan manusia yang lain pendirian dengan aku . Terpulang pada pilihan masing-masing. Jalan mana yang kau pilih. Banyak lagi aku fikir, sebab-sebab aku namun tak tertulis (agak peribadi untuk dikongsi). Aku harap kalian sudah paham mengapa 23 usia paling lambat untuk aku. Aku tahu jodoh di tangan ALLAH. Lambat atau cepat ditangan Dia yang Pencipta. Oh,dan andai ahli keluraga aku yang baca kenyataan ini, aku harap juga mereka faham dan sokong aku.
Sabda rasulullah s.a.w tiga golongan yang akan
selalu di beri pertolongan oleh ALLAH ialah
seorang mujadih yang selalu
memperjuangkan agama Allah s.w.t ,seorang penulis yang selalu member penawar
dan seorang yang bernikah demi menjaga kehormatan dirinya (H.R Thabrani)
P/S ::: lama aku tak buat entry terlalu panjang ni.
Lama juga aku fikir untuk entry ni. Bismillah banyak-banyak...kalau ada calon yang soleh boleh bimbing saya untuk dekat lagi dengan ALLAH,tafadoll.....
:'(
BalasPadam