Jika anda seorang
wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang
lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan
agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini
boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik,
iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan
mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan
hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan
maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan
kredibilitinya.
4. Amanah, tidak
mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi
tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan
tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang
terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu
berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan
pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab.
Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang,
tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan