Rabu, 4 Januari 2012

BERUBAH:step by step @secara mendadak

Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah. Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.  Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah. Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bilahati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan. Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?
Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur – ansur agar tidak berlaku kejutan. Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan – kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu membuang masa. Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?
Ada juga yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila – bila sahaja. Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat.
Kedua – dua pendapat tersebut boleh diterima.
Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan. Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.
Untuk persoalan ini, sebenarnya  kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu. Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu sudut penampilan dan sudut  perangai/gaya hidup.
Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step. Sebagai contoh,  jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.
Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak,  memang perubahan itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri. Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus. Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit,  sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali.
Keduanya boleh kita simpulkan seperti kita dan kereta. Nak tukar kereta senang jer, hari ini kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW. Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.
Yang paling penting samada perubahan kite tu step by step or  skaligus, adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik
Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan