Selasa, 31 Januari 2012

jika aku pilihanmu...


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu.  Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju.  
Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu.  Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~



tempahan design berkualiti


Kunjungi butik percetakan online kami...kini sedia beroperasi membantu anda..

Kami menerima tempahan :-

·       BANNER
·       STREAMER
·       FLYERS
·       KAD KAWIN
·       YASSIN
·       STIKER
·       BISNESS CARD
·       NAME TAG

Menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit
Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan!!!!


Usah risau tentang perkhidmatan kami,kami ke lokasi anda yang berada di sekitar ALOR SETAR & kawasan berhampiran..

Kami sedia menerima tempahan  secara online dan offline.

Kami jamin setiap produk yang kami tawarkan berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan kami, sila hubungi kami melalui email:
jalila8982@yahoo.com

Tel@sms :

0134191809 (JARIAH)
0175589630(AINI)
0134076228(WANIE)

Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan,sila hubungi kami,sedia membantu..

Pereka grafik :-
·       JARIAH ABDULLAH
·       AINI AHMAD
·       HAZWANIE HUSSIN

p/s :kami sedia membantu anda,melalui kepakaran yang kami ada..terima kasih..

 

Jumaat, 27 Januari 2012

ustaz D.O.N Daniyah


Fuhhhh!!!! Segak kan jejaka di bawah nie..cikparipari first time tengok tadi pon tergugat jugak iman yang rapuh nie bila dapat taw sapakan insan yang segak bergaya nie,,kalau tak sebelom nie dok tengok dia hanya berjubah ja,berserban..sekali tengok nie ha terbeliak bijik mata..


Ustaz Don Danial Biyajid. Style gila! Inilah agaknya akibat kalau ikhwah dressup, memang kalah lelaki kasanova...hoho agaknya kalau Ustaz Azhar Idrus(UAI) dressup macam ini mesti style gila gak kot nohh...

BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (dah bertunang dgn pelajar perubatan yang belajar di Al Azhar)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)


Kalau berjubah lagi segak....



 serius cikparipari cakap suka sangat tengok lelaki yang pakai jubah..nampak macam solehnya...

Khamis, 26 Januari 2012

J.O.B.H.U.N.T.E.R kini tidak lagi...


Punya la lama jadi jobhunter sampai xlarat nak fotocopy resume tah berapa bnyak dah....
Tadi ada la godek-godek dekat mudah.com saja la nak cari nasib mana taw ada reseki dekat situ..
Terjumpa satu job nie..dekat Langkawi,tempat yang di impikan..memang dok nak cari keja nak dok sana..ada penah cakap dengan ummi aku..yang aku nak ubah angin merantau..saja la send resume minak jawatan tu..tak sampai dua jam pihak berkenaan bagi respond terus cakap ya,siap bagi details gaji segala dah..ha’a tu kan dah ada rezeki ALLAH TAALA nak bagi,siap dapat dekat Langkawi lagi...dah hamper berbelas-belas tahun la tak jejak kaki di tanah Langkawi tu...dulu masa kecik-kecik ibu selalu la bawak gi jalan dekat Langkawi,dia penah keja sana..gambar aku masa kecik2 time pi jalan-jalan pusing pula upon ada lagi dalam simpanan..budak chomot lagi...

 tara!!!!!!
nie la tempat yang tawarkan keja dekat cikparipari...
 ayer spa international mutiara barau bay,langkawi
gaji yang depa tawarkan pon ok la,berganda dari keja kok alor setar la...
semua nie bermula di sini la....
http://www.mudah.my/Pekerja+Spa+di+Langkawi+Kedah-12854122.htm?last=1


yang masalahnya la nie ialah tok ngn wan xbagi pi la pulak,,dia xmaw nak berenggang dengan aku..nak aku keja dekat-dekat rumah ja,senang nak balik rumah...payah la macam nie...bila lagi la aku nak tengok dunia luar,cari pengalaman baru....


p/s:doa berdoa bagi tok ngn wan maw lepas bagi aku p keja dekat langkawi la...dapat la himpun duet lebih sikit,boleh merasa dok tempat orang sama,kenai budaya luar sama...xdak la jadi katak bawah tempurung sangat...